Jumaat, 5 Ogos 2022

TUAN HAJI NAJIB DIZALAMI



Pasukan peguam baharu Najib berhak dapat penangguhan masa – Hasnal

KUALA LUMPUR – Pasukan peguam baharu Tuan Haji Najib   berhak untuk mendapat penangguhan masa berkaitan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, SRC International.

Menurut seorang peguam dan peguamcara,  Hasnal Rezua Merican Habib Merican, seseorang tertuduh yang berhadapan dengan tuduhan yang akan menjejaskan dirinya perlu diberikan keadilan sewajarnya.

Lebih-lebih lagi, katanya, pada peringkat ini, Najib berada pada forum terakhir untuk mendapatkan keadilan dan keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah ke atas Ahli Parlimen Pekan itu i adalah muktamad.

Justeru, peguam baharu Najib sewajarnya diberikan masa sekurang-kurangnya satu sebulan setengah untuk membuat persediaan demi memberi keadilan kepada Najib.

“Kalau kita fikirkan prosiding yang akan berlangsung ini adalah di Mahkamah Persekutuan ia adalah forum terakhir kepada mana-mana tertuduh dalam apa-apa prosiding yang bermula di peringkat Mahkamah Tinggi. Lepas ini tidak ada forum lagi.

“Kalau dia tidak mendapat atau pun dia terkilan kerana tidak mendapat keadilan yang sewajarnya di forum terakhir natijahnya mungkin tidak boleh diperbetul dan tidak boleh berpatah balik.

“Jadi sebab itu, saya rasa pada peringkat ini mungkin berlaku tolak ansur dari segi mahkamah menganjakkan sedikit masa untuk memberi ruang kepada peguam baharu untuk membuat persediaan,” kata Hasnal Rezua Merican.

Hasnal Rezua Merican berkata, pasukan yang baharu dilantik  Najib semenangnya memerlukan masa untuk membuat persediaan.

Mereka perlu meneliti beribu-ribu muka surat kenyataan saksi, bukti dokumentari yang dikemukakan semasa perbicaraan, penghakiman bertulis kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pasukan guaman baharu itu juga perlu meneliti dan menyemak nota bukti yang banyak direkodkan sepanjang perjalanan keseluruhan prosiding untuk mengenal pasti dan menyelesaikan pelbagai isu undang-undang dan fakta yang dibangkitkan.

“Proses ini sangat sukar. Kalau dalam keadaan yang munasabah sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan setengah. Ini minimum. Itu pun kalau kita beranggapan peguambela itu memberi sepenuh perhatian, masa dan komitmen  mengendalikan satu perbicaraan sahaja.

“Kalau dia ada kes lain, berapa banyak masa yang diperlukan? Jadi saya rasa sebulan setengah ini minimum. Tidak boleh kurang daripada itu untuk dia membuat satu kerja dan memberikan perwakilan yang memuaskan kepada seorang anak guam,” kata Hasnal Rezua Merican.

Tambahnya, masa penangguhan yang sewajarnya juga perlu diberikan kepada pasukan guaman baharu Tuan Haji  Najib kerana kes tersebut mendapat perhatian dunia.

Adalah penting, katanya, untuk mahkamah memperlihatkan kepada dunia bahawa Tuan haji Najib itu telah diberikan peluang dan ruang keadilan yang sewajarnya.

“Kes ini mendapat liputan antarabangsa jadi ada satu pertimbangan kepentingan keadilan di situ. Mahkamah mempunyai pertimbangan bahawa dia perlu menyelesaikan kes ini dengan segera dengan disaksikan oleh satu dunia.

“Dunia luar yang sedang menyaksikan perbicaraan ini akan menilai orang yang sedang berusaha mendapatkan keadilan di mahkamah ini diberi sepenuh ruang untuk membela diri dia. Itu pun penilaian.

“Jadi memandangkan dunia sedang melihat perkembangan kes ini bagi saya dia adalah satu perkara yang terpakai kepada kedua-dua keadaan iaitu memberi keadilan yang sebaiknya kepada Najib dan menyelesaikan kes ini dengan cepat demi kepetingan awam,” terang Hasnal Rezua Merican.

Beliau berkata, pasukan baharu Tuan Haji Najib boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan apabila mahkamah mula bersidang pada 15 Oktober ini.

Malah, katanya, peguam  Tuan Haji Najib juga boleh menulis surat kepada mahkamah supaya diberikan masa kepada pasukan pembelaan yang baharu untuk membuat persediaan.

“Dia boleh membuat permohonan untuk pertimbangan atas keadaan sedia ada pada tarikh perbicaraan. Atau pun dia boleh tulis surat merayu meminta pertimbangan mahkamah.

“Tidak ada apa yang menghalang dia daripada menulis untuk meminta sekali lagi permohonan itu dipertimbangkan atas alasan-alasan tambahan ataupun alasan-alasan berbeza,” kata Hasnal Rezua Merican.

BETUL JELAS

TUAN HAJI NAJIB

SEDANG DIZALIMI

KAH KAH KAH

MACAM MANA

NAK MASUK BICARA

PEGUAM TAK BACA

FAKTA KES LAGI

KAH KAH KAH

MEMANG WAJIB

LAGI MASUK AKAL

BILA PEGUAM

BARU MASUK

KES PERLU 

DI TANGGUH

AMIN

BARU  CUN

TIAP 2 MINGGU

TUAN HAJI NAJIB

TUKAR PEGUAM

AMIN

KES AKAN TERUS

TANGGUH

SAMPAI SEMUA

PEGUAM DAN HAKIM

MATI

KAH KAH KAH

 DAN KES TERUS

DAPAT DISELESAKAN

KAH KAH KAH

TUAN HAJI  NAJIB

ISTERI ROSMAH INI

AMAT BIJAK

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

  1. Sudah dijatuhkan hukum..masukan OKT..kedalam dulu..pakaikan baju Oren .. pastu nak tangguh ke.. nak berforum ke.. ITU cerita lain.. PUKIRAHAH betul...Oooi..dah lama rakyat tunggu ..aku nak buat kenduri kesukuran tak kesampaian dah dekat dua tahun bro...

    BalasPadam
  2. Kalau peguam baru tak dapat tangguh, "kobid" dapat tangguh tak?

    BalasPadam