Isnin, 1 Ogos 2022

YA AMPOON YA MAULANA

 



Kerajaan negeri perlu lebih agresif lindungi Tasik Chini

PEKAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan negeri bertindak lebih agresif dalam memulihkan Tasik Chini.

Baginda bertitah, tasik itu harus kembali kepada peranan asal yang memanfaatkan penduduk sekitar dengan fungsi semula jadi sebagai biosfera kekal lestari.

“Justeru, saya bertitah, pajakan lombong yang telah tamat tempoh hendaklah ditamatkan dan kawasan tersebut perlu dihijaukan semula dalam masa yang terdekat.

“Saya juga menyokong langkah moratorium yang telah diambil oleh kerajaan saya di kawasan tersebut,”  titah baginda.

Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar, hari ini.

Tengku Hassanal juga bertitah agar usaha memulihkan Tasik Chini ini perlu dimainkan oleh semua pihak termasuk pelombong dan pelesen sedia ada juga perlu memberikan komitmen bagi menjayakan usaha tersebut.

Dalam pada itu baginda turut bertitah pemeliharaan alam sekitar, flora, dan fauna, bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan perlu dilakukan penguatkusaan serta pemantauan berkala bagi melindungi komponen tersebut.

“Semua agensi dan badan penguatkuasaan perlu memainkan peranan masingmasing secara serius, saya tidak mahu lagi melihat kejadian seperti memasuki hutan tanpa kebenaran, pencurian hasil hutan seperti pokok dan balak, aktiviti pemburuan haram, menangkap ikan terlarang dengan bom, racun atau renjatan elektrik.

“Tiada istilah terlepas pandang terhadap penjenayah alam sekitar selepas ini. Semua pihak tanpa mengira darjat dan kedudukan perlu akur dan patuh kepada undang-undang, sama ada ahli kerabat, ahli yang berhormat, ahli politik, ketua jabatan, penjawat awam, mahupun rakyat. 



YA AMPOON

YA MAULANA

KAH KAH KAH

SAPA AGAKNYA

YANG BERI

LESEN BALAK

KAH KAH KAH

SAPA AGAKNYA

YANG REMBAT

UTAN BALAK

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan