Najib mangsa pendakwaan politik, kata Zahid
NAJIB Razak adalah mangsa pendakwaan politik dan beliau tidak pernah menggesa agar kes rasuahnya digugurkan kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Katanya Umno akan tetap bertegas bahawa pendakwaan terhadap Najib merupakan pendakwaan politik.
“Saya sendiri saksi, lihat dia (Najib) berpegang agar kesnya tidak digugurkan.
“Tapi sebaliknya dia mahu membersihkan reputasinya dan keluarganya di mahkamah. Apa yang Najib minta cuma perbicaraan yang adil,” katanya pada sesi Taklimat Khas Presiden Umno di WTC Kuala Lumpur, hari ini. – 27 Ogos, 2022.
Yg merancang,
BalasPadamYg meminjam,
Yg amik duit,
Yg sruh transfer duit,
Yg belanja sakat,
Yg bagi duit pada kroni..
NAJIB
Ble tertangkap,
Ble bukti cukup,
Ble mahkamah kata bersalah,
Ble masok penjara..
CKP ORG KHIANAT DIA..