Selasa, 23 Ogos 2022

ZAHID NAJIB SABRI - ADA KONSPIRASI ?



Zahid, Najib jumpa PM di Putrajaya


LANGKAH Umno bagi memastikan pilihan raya umum segera akan disusuli dengan Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut pelbagai sumber parti, presiden parti dan pendahulunya dijangka bertemu Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti, di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Agenda mesyuarat tertutup itu dirahsiakan tetapi pagi ini Zahid mempengerusikan mesyuarat tergempar pemimpin bahagian di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan mereka sebulat suara bersetuju menggesa perdana menteri memanggil pilihan raya umum secepat mungkin. 

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos sebelum ini memberitahu pemberita yang mesyuarat pagi itu membincangkan pandangan dan pendapat berhubung pilihan raya umum.

“Keputusan kami dapat tadi, sebulat suara semua ketua Umno bahagian yang hadir, kami mahukan PRU dilakukan dengan kadar paling segera.

“Keputusan ini akan disampaikan kepada perdana menteri oleh setiausaha agung parti,” katanya.

Menurut Jamal, seramai 158 ketua bahagian termasuk pemimpin Umno menghadiri mesyuarat tergempar itu.

Ismail Sabri tidak hadir pada mesyuarat itu.

Jamal juga menafikan mesyuarat itu membincangkan rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan esok.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight diberitahu mesyuarat itu akan disambung lewat malam ini.

Pada berita ini ditulis, pemimpin bahagian Umno dilihat berada di WTC. – 22 Ogos, 2022.


NAJIB MINTA

BANTUAN SABRI?

AMIN

DULU SABRI

DAPAT 14 UNDI YB

UNTUK JADI PM

DARI NAJIB

AMIN 

SEKARANG NAJIB

PERLU

 DISELAMATKAN

KALAU TAK

NAJIB

AKAN MASUK JIL

KAH KAH KAH

KEMUDIAN ZAHID

MASUK JIL

KAH KAH KAH

APAKAH SABRI

AKAN BELOT

JADI KENG

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan