Semakan kes SRC disebut 21 Oktober ini, lapor media
MAHKAMAH Persekutuan menetapkan 21 Oktober ini untuk pengurusan kes permohonan Najib Razak meminta mahkamah menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM270 juta selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya serta mengekalkan sabitan dan hukuman pada 23 Ogos lepas.
Tarikh pengurusan kes itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika sebutan kes satu lagi perbicaraan jenayah ke atas Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini, lapor Astro Awani.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah juga mengesahkan beliau akan kembali mewakili Najib dalam semakan kehakiman itu.
“Saya kembali untuk mewakili Najib, meskipun berlaku sedikit kekecohan ketika pendengaran rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan bulan lepas,” katanya kepada Hakim Zaini Mazlan.
Shafee memberitahu mahkamah permohonan semakan kehakiman itu difailkan pada 6 September dan pihaknya juga sudah memfailkan notis perakuan memohon tarikh pendengaran segera.
“Saya jangka permohonan itu akan didengar November ini,” katanya.
jgn lupa, PH akan dikalahkan oleh agong.raja2 melayu takut statu rome.menyalak palestin tp salakkan dibukit..disebalik agong ada projek hutan, ada projek ubat2.itu belum projek2 oleh suku sakat kerabat.jangan kata anwar gagal jd perdana menteri, bahkan sesiapa dari PH pun jgn mimpi nak jd PM..pegawai2 kerajaan mkn upah dgn istana sejak azali, kaum keluarga raja sultan menjual dan merompak sejak dari zaman melayu animisme zaman melayu hindu..tiba zaman melayu islam bersunat dlm mimpi juga raja sultan tiada beza.menterkedarah keringat rakyat..
BalasPadam