Sabtu, 17 September 2022

ASRUL SANI - SEJARAN 13 MEI DI SUNGAI BULUH


RAKAMAN SEJARAH

13 MEI 

AMIN




Asrul Sani commented on "JELEBU PASCA 13 MEI"

Sedikit Pencerahan tentang Kubur 13 Mei Sungai Buloh Aku pernah bela kambing di Kg Melayu Sg Buloh. Bila harga pellet naik zaman Pak Lah jadi PM, aku terpaksa bagi ternakan aku makan daun2......daun sawit terutamanya. Habis seluruh kawasan sekitar Sg Buloh aku jelajahi untuk kutip daun sawit selori sarat setiap hari. Suatu hari aku merayau ke kawasan belakang hospital Sungai Buloh...di situ banyak pohon sawit yang tumbuh meliar di dalam hutan...jika daunnya diambil tiada siapa yang melarang. Bukit Badong nama tempat itu.


Sedang aku terdongak melihat pohon2 pokok sawit yang boleh dipanjat, tetiba aku tersepak sesuatu...lalu aku terlihat batu-batu tak bertanda yang tersusun memanjang berbaris-baris. Aku langsung tak dapat meneka apa ka jadahnya batu-batu itu sehinggalah aku terserempak dengan sebuah perkuburan lama (kubur China sudah pasti) yang pada nisannya tertulis ...... Yap Ah Keong 13.5.1969 Lee Ah Chai 16.5.1969 Chan Kok Tai 14.5.1969 Lim Pek Ngoh 17.5.1969 It took me just a few seconds to realised that they were the victims of May racial clashes and those were Sungai Buloh secret burial sites. Tarikh kematian yang tertanda di nisan mereka adalah di antara 13hb hingga 17hb Mei 1969. 

Mangsa yang dikenali diletakkan nama manakala mayat yang tidak dikenali ditanam di dalam kubur yang dikorek memanjang dan diletakkan batu nisan tidak bertanda. Ironically...ada satu kubur di tengah-tengah nama-nama orang-orang China tersebut yang menarik perhatian saya; Ramli bin Ahmad 14.5.1969 Macam mana Mamat ni boleh sesat tertanam di situ hanya Guru kepada TT , Guru Nanak saja yang tahu. Kalau tak percaya cerita saya dan tak percaya kubur Ramli Ahmad terletak di tengah-tengah perkuburan China, sila ziarah sendiri Bukit Gadong, belakang Spital Sungai Buloh je. Tempat tu dah cerah sekarang.

 Dulunya memanglah hutan belantara dan kerajaan sengaja memilih kawasan terpencil itu bagi melupakan tragedi berdarah rusuhan kaum yang pernah melanda negara ini. Jika saya ditanya bagaimana peristiwa 13 Mei boleh terjadi...saya akan berkata kerana Tun Razak dan Dato Harun sengaja membelakangkan arahan Tunku supaya permit tidak diberikan kepada pemuda DAP untuk mengadakan perarakan kemenngan mereka dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Tunku dah pesan, tapi Tun Razak dan Dato harun seolah-olah mahu supaya wujud ketegangan kaum agar mereka dapat menyingkirkan Tunku dari kepimpinan negara....kita boleh berdebat isu ini jika mahu..

2 ulasan:

  1. Tun Razak tidak terlibat hanya pegawai polis Inggeris yg benarkan perarakan kemenangan diraikan Dap.

    Malangnya Dap memasuki kawasan Melayu menghaburkan kata2 kesat pada Melayu menyuruh mereka balik ke hutan tercetusnya peristiwa yg menyayat hati pergaduhan kaum terjadi. Begitulah adanya.

    BalasPadam
  2. Syabas saudara, masih ada logik insiden yang berlaku, peristiwa sengaja diatur supaya dapat Cui Bono, Tunku dapat disisihkan terus, sesiapa Cui Bono kita semua tahu, anak dia ada di Kajang sekarang, satu yang pasti setiap perbuatan jahat atau baik akan ada balasan, setiap perkara akan keluar nanti, tak kira sedalam mana ditanam, kaum minoriti begitu lah, walau sebagai pendatang tetapi sumbangan mereka kepada bumi ini jangan lupa, asyik pendatang tetapi Indon Filipina Myanmar Bangla Nepal itu semua apa yang sudah kahwin melayu jadi bumiputera kah kah kah

    BalasPadam