Ahad, 4 September 2022

BERITA PELIK


Pas umpama pegang ayam terlepas, tangan bau tahi – Shaiful

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah,  Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyelar kenyataan Presiden Pas, Hadi  Al-Kawaahli bahawa partinya masih berunding dan mempunyai hubungan dengan UMNO peringkat akar umbi tanpa melibatkan Presiden UMNO, . Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan, kenyataan tersebut adalah andaian liar dan dangkal.

“Saya lihat tindakan Pas ini tidak ubah seperti cuba memegang ayam terlepas, namun tangan berbau tahi yang cuba mengganggu kesepaduan perjuangan UMNO namun diri sendiri yang mendapat malu.

“Mana tidak malunya, apabila akar umbi UMNO masih kekal setia bersama Presiden UMNO dalam setiap perancangan dan tindakan politik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam Muktamar Tahunan Pas di Kota Sarang Semut, Kedah semalam.

Shaiful Hazizy menambah, keputusan UMNO untuk bergerak solo adalah keputusan bersama parti, keputusan di peringkat bahagian, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan telah jelas disuarakan di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Menurut beliau, Presiden UMNO tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa musyawarah sesama ahlinya.

“Saya bersama akar umbi UMNO masih ingat lagi, penghinaan sinis Pas yang menyindir UMNO umpama itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh. Seolah-olah ketika itu, mereka sudah cukup kebal memperlekeh dan menjadikan UMNO modal jenaka.\

“Namun saya hairan, belum sampai setahun tiba-tiba mengaku masih mempunyai hubungan politik dan akan terus berunding dengan UMNO. Mungkin sudah hilang kekebalan Pas dan mula merencana mencari peluang mengekalkan kuasa,” jelasnya.

Shaiful Hazizy berpandangan, Pas seharusnya berhenti berharap dan sebalik parti itu perlu memandang ke depan serta jangan melihat perkara yang lalu.

Beliau menasihatkan agar Pas melihat hala tuju bersama sekutu baharunya, Perikatan Nasional (PN) dan terus memikirkan cara untuk terus dilindungi ‘katak-katak politik’ yang terdesak untuk kekal relevan.

“Saya memohon Abdul Hadi untuk berhenti mencipta naratif bahawa Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan kesatuan ummah, hakikatnya Pas sendiri telah membunuh semangat piagam Muafakat Nasional (MN) apabila mereka membuat keputusan untuk menyertai PN,” katanya.

Shaiful Hazizy turut mencabar Abdul Hadi untuk mendedahkan ‘musang berbulu ayam’ dalam UMNO yang berunding dengan Pas tanpa melibatkan Ahmad Zahid.

Beliau berkata, sekiranya Abdul Hadi gagal berbuat demikian, kenyataannya boleh dianggap sebagai rekaan bagi mengganggu kesepaduan UMNO. –

WOIT

INI BERITA

AMAT PELIK

KAH KAH KAH

MACAM MANA

TANGAN PELACUR

BAU TAHIK AYAM

KAH KAH KAH

TANGAN PELACUR

PASTI

BAU TAIK PALAT

KAH KAH KAH

APAKAH  PELACUR

DAH MULA

BERJUBO DENGAN

AYAM

KAH KAH KAH

TAPI INI BUKAN

MUSTAHIL KALAU

AYAM BOLEH 

BERI KUASA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan