Khamis, 1 September 2022

BUNG LU NAK BUAT APA?


Keputusan kes rasuah Bung Moktar, isteri esok

KEPUTUSAN sama ada Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad dibebaskan atau diperintahkan membeli diri atas tuduhan rasuah akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob akan menyampaikan keputusannya pada jam 3 petang selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah mereka pada 24 Jun.

Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya yang juga seorang pelakon didakwa atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad. 

Pada 3 Mei, 2019 Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun, 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun, 2015, manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Law Chin How hadir untuk pendakwaan bersama-sama DPP Faridz Gohim Abdullah dan Mohd Sophian Zakaria.

Bung Moktar diwakili peguam M Athimulan dan izie Izette diwakili oleh K Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri. – 1 September, 2022.

WOIT BUNG

ESOK LU NAK

BUAT APA ?

KAH KAH KAH

NAK TENDANG

PEGUAM MACAM

NAJIB BUAT

KAH KAH KAH

ATAU

 NAK TENDANG

HAKIM MACAM

ROSMAH BUAT

KAH KAH KAH

ATAU LU KLIM

BURUT GASTRIK

MACAM  MAT LEGAM

KAH KAH KAH

 BINI LU KLIM

 DATANG BULAN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan