Selasa, 13 September 2022

DUIT DAH MASUK KE BELUM ?


PM 'terbuka' PRU15 tahun ini,

 akan dibincang sebelum 

pembentangan bajet


Perbincangan antara lima pemimpin tertinggi Umno bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno berkata tempoh untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini masih terbuka dan tarikh itu akan ditentukan selepas mesyuarat lima pemimpin tertinggi Umno.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap keputusan mengenai PRU akan dibuat selepas perbincangan lima pemimpin tertinggi Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Ketika ditanya sama ada perbincangan itu akan diadakan sebelum atau selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini di Dewan Rakyat, Ismail Sabri berkata perkara itu masih belum ditentukan.

“Perbincangan boleh dibuat secepat mungkin atau mungkin lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023," kata beliau.

Lima pemimpin tertinggi Umno itu merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden parti iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail sendiri.



KUNCI PRU15

BUKAN BULAN

BERAPA DI ADAKAN

AMIN

KUNCINYA

BERGANTUNG

APAKAH

2 BILION RM

DAH ADA DALAM

TANGAN SABRI

AMIN

APAKAH CUKONG

DAH BERI DUIT

AMIN

APAKAH TOWKAY

GENTING DAH

BERI SALAM

KAH KAH KAH

INI SEBENARNYA

KUNCI BILA

PRU15 BERJALAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan