Saya diminta kosongkan kerusi Rembau, kata Khairy
KHAIRY Jamaluddin berkata beliau mungkin tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika tidak dicalonkan di mana-mana kawasan.
Menteri kesihatan itu memaklumkan beliau telah diminta untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rembau oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang mahu bertanding di kawasan itu.
“Saya menerima mesej daripada Mohamad Hasan untuk memberi laluan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Khairy beliau akur pada arahan pucuk pimpinan parti.
“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding.
“Saya belum terima sebarang arahan. Saya rasa malu juga nak pergi ceroboh kawasan orang lain.
“Tak apa. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” katanya.
Khairy menyandang kerusi Rembau sejak 2008.
Mohamad semalam dilapor berkata beliau perlu bertanding di kawasan Parlimen dalam PRU15 bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan dan Adun Rantau sejak 2004 itu bagaimanapun tidak menyatakan kawasan Parlimen mana yang akan ditandinginya.
Rantau adalah satu daripada empat kerusi DUN di bawah Parlimen Rembau. – 4 September, 2022.
Ini satu bukan doktor jaga kesihatan, ini cemerlang punya negara, apabila seorang bukan doktor jaga kesihatan, pasti hebat, kah kah mat ini masuk kerana menjadi menantu senang senang sebab posting line kah kah kemudian tetiba jadi penting,entah lah apa nak jadi kalau yang bukan kayak jadi Munke, semua buat duit atas business lah kah kah kah
BalasPadam