Selasa, 13 September 2022

INGATAN UNTUK SEMUA MENTERI & YB



Najib kekal dirawat di hospital kerajaan, kata Khairy

NAJIB Razak akan terus dirawat di hospital kerajaan dan bukan di hospital swasta, sesuai dengan peraturan yang ditetapkan dan terpakai bagi banduan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy menafikan dakwaan kononnya Najib akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut, seperti yang disebut oleh peguamnya

“Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

“Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib, untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib,” kata Khairy seperti dipetik media.

Khairy juga memberitahu Najib dalam keadaan stabil seperti yang dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Rohana Johan. 

Khairy juga berkata laporan ujian kesihatan yang dibuat oleh hospital akan diserah kepada Najib dan mahkamah bagi mengelak sebarang pertikaian pada masa akan datang.

Peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini berkata Najib yang dimasukkan ke HKL sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah mungkin akan dirujuk ke IJN.

IJN adalah sebuah entiti swasta iaitu badan yang dikopratkan di bawah Kementerian Kewangan. 

Khairy juga memberitahu dua rundingan dengan keluarga Najib sudah dibuat yang turut disertai isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.

Menurut Khairy, beliau terpaksa menjelaskan kedudukan isu kesihatan Najib selepas ia menjadi isu umum dan melibatkan integriti Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Khairy juga berkata pihaknya memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua banduan dan bukan hanya Najib seorang.

Khairy juga menjelaskan ubat Najib yang didakwa ditukar oleh pihak hospital adalah ubat sama tetapi kain jenama.

“Ubatnya sama (cuma) dulu ia dibeli di hospital swasta, bila (menerima rawatan) di HKL, kita ada ubat-ubatan di hospital kerajaan yang turut mempunyai formula yang sama macam ubatnya sebelum ini.

“Contohnya macam panadol, kita ada ubat lain macam paracetamol (PCM) yang fungsinya sama. Jadi tuduhan yang kata ubat ditukar itu adalah tidak tepat,” katanya.

Semalam ahli keluarga Najib dan pegawainya mendakwa tekanan darah bekas perdana menteri tinggi kerana ubatnya untuk masalah ulser dalam perut ditukar. – 13 September, 2022.
K

NAJIB BANDUAN

WAJIB KE HOSPITAL

KERAJAAN

AMIN

KALAU TAK 

PUAS HATI 

MASA JADI PM

MENGAPA TAK

LENGKAPKAN SEMUA

PERALATAN

HOSPITAL KERAJAAN

AMIN

YB & MENTERI

SEKARANG

WAJIB BERJUANG

UNTUK HOSPITAL

YANG BAIK &

PENJARA YG BAIK

AMIN

TAK TAHU SAPA

AKAN MASUK

NANTI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan