Sabtu, 10 September 2022

JANGAN LUPA !!!



Khairy seloroh mahu bertanding di Kota Kinabalu

“KOTA Kinabalu,” seloroh Khairy Jamaluddin apabila ditanya berkenaaan kerusi Parlimen yang mungkin ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Itu katanya ketika diminta mengulas spekulasi beliau akan bertanding di Kuala Pilah atau Tampin, selepas baru-baru ini mengesahkan beliau tidak mempertahankan kerusi Rembau bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Menteri kesihatan itu menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Sabah International Convention Centre (SICC) hari ini.

Minggu lalu, Khairy berkata beliau akur pada arahan pucuk pimpinan parti supaya mengosongkan kerusi Rembau yang disandangnya sejak 2008.

“Saya menerima mesej daripada Mohamad Hasan untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding.

“Saya belum terima sebarang arahan. Saya rasa malu juga nak pergi ceroboh kawasan orang lain,” katanya pada sidang media Ahad minggu lepas.

Tambah Khairy, beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 jika tidak diberikan kawasan.

Kerusi Kuala Pilah disandang Eddin Syazlee Shith (Perikatan Nasional), yang dimenangi pada PRU14, menewaskan Hassan Malek (Barisan Nasional) dengan majoriti 200 undi.

Kerusi Tampin pula disandang Hassan Bahrom dari Amanah selepas menang dengan menewaskan calon BN Shaziman Abu Mansor dengan majoriti 1,002 pada PRU14.

Di Kota Kinabalu, kerusi itu disandang Chan Foong Hin dari DAP. Chan mengalahkan Joseph Lee Han Kyun dari BN dengan majoriti 24,086 undi pada PRU14. – 10 September, 2022.     

SEJARAH

MENUNJUKKAN

KJ KAWIN DGN

ANAK BOS

UNTUK CEPAT NAIK

KAH KAH KAH

TASTE KE

TAK TASTE KE

ITU CERITA LAIN

YANG PENTING NAIK

KAH KAH KAH

MAKA DIA AKAN

LAKUKAN APA

SAJA UNTUK 

NAIK TINGGI

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

KJ DAH TANDING

KERUSI PRESIDEN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan