Ahad, 11 September 2022

KALAU NAK MENANG PRU15

 



Muda sedia jumpa Pakatan bincang kebimbangan, kata timbalan presiden

MUDA bersedia bertemu dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjawab semua kerisauan, kata Timbalan Presidennya Amira Aisya Abd Aziz.

“Ada yang kata Muda tidak ikhlas berjuang. Ada yang tambah, Muda ini cucu atok (Dr Mahathir Mohamad) haha. Malah, ada juga yang sebut kononnya Syed Saddiq ini juga lompat parti dulu – jadi tak boleh dipercayai,” tulisnya di Facebook.

Tambahnya, ada juga yang berkata tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan Bersatu adalah khianat dan menyebabkan beliau tidak boleh dipercayai.

“Saya nak sebut di sini bahawa semua dakwaan ini bukan sahaja tidak benar, malah ia dibina dengan imaginasi yang aneh-aneh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, walaupun wujud rekod kerjasama antara Muda dan PH, beliau memahami setiap kritikan dan keraguan yang wujud, termasuklah yang datang daripada rakan.

“Sebab itu saya dan pimpinan Muda bersedia untuk adakan pertemuan rasmi bersama Pakatan Harapan untuk kita leraikan setiap hal bersama-sama. Usaha saya dan rakan-rakan MUDA adalah untuk memastikan apabila masuk ke dalam pilihanraya - rakyat jelas dan faham tawaran dari Pembangkang,” katanya.

Catatan itu dikeluarkan selepas laporan dikeluarkan The Malaysian Insight yang memetik Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim yang berkata pemuda parti itu menolak bekerjasama dengan Muda di bawah sepanduk PH pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, tindakan Muda pada Pilihan Raya Negeri Johor masih lagi diingati ahli PKR.

“Itulah yang merumitkan keputusan itu. Dari segi ini, ada pengalaman baik dan buruk bekerja bersama Muda.

“Tetapi perlu beri masa bagi akar umbi dan parti lain (dalam PH) untuk buat keputusan sebab bila PRU15 nanti, kita mahu bekerja di peringkat akar umbi,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu berhajat untuk menyertai PH.

Beliau berkata pihaknya telah berbincang secara tidak rasmi dengan pemimpin kanan PH berhubung perkara tersebut.

“Rundingan awal untuk Muda sertai PH telah dibuat, malah kami juga terbuka untuk buat perbincangan rasmi dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

Parti itu pernah bekerjasama dengan parti PH, setelah mencapai persetujuan dengan DAP dan Amanah untuk bekerjasama pada PRN Johor.

Muda bertanding di tujuh kerusi dalam PRN Johor tetapi bertembung dengan PKR di DUN Larkin kerana yakin dapat menang di situ. Bagaimanapun Larkin kemudiannya dimenangi Mohd Hairi Mad Shah dari Umno. – 11 September, 

DALAM POLITIK

JANGAN DIPAGARI

PEKARA REMEH

AMIN

JIKA PRU15

PAKATAN NAK

MENANG DIRIKAN

KEMAH BESAR

AMIN

JIKA ADA AGENDA

NAK KALAH PRU15

MAKA DIRIKAN

KEMAH KOCIK

AMIN

INI HUKUM POLITIK

UNTUK SEMUA

PARTI POLITIK

KIRI DAN KANAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan