Penjara sahkan Najib dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
JABATAN Penjara Malaysia mengesahkan bekas perdana menteri Najib Razak kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan akan dihantar semula ke Penjara Kajang selepas selesai rawatannya.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Penjara memaklumkan Najib dihantar ke HRC atas rujukan daripada pihak Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa kesihatannya selepas dibawa kepada mereka pada 12 September.
“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Dato’ Sri Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.
“Dato’ Sri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata kenyataan itu.
Kenyataan Jabatan Penjara ini dikeluarkan tiga hari selepas tersebar dakwaan di media sosial bahawa Najib, yang diberi nama kod “Merpati”, mendapat layanan istimewa.
Namun kenyataan Jabatan Penjara tidak menyentuh beberapa dakwaan lain dalam sebaran yang sama, antaranya cadangan ubah suai ruang penjara untuk Najib.
Jabatan Penjara bagaimanapun mengingatkan, selain melaksanakan hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah, mereka juga bertanggungjawab memastikan kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.
Ini termasuk menyediakan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan mengikut syor pegawai perubatan kerajaan, kata kenyataan itu lagi. – 21 September, 2022.
Mana Mat Kilau weiii? Wtf is this? Aku duduk jail pakai spendar laaaa...dan kamu semua berdiam..
BalasPadamNegara kita masih berjaya membodohkan seluruh dunia kedoktoran, sakit perut kemudian cirit birit kemudian ulcer, rawatan baharu ialah physio kah kah kah kentut berbau wangi tu, dulu sini sana Bossku ke utara selatan timur barat tarak apa apa, masuk dalam penjara terus sakit perut ubat generik sakit ulser sakit pinggang sakit telur sakit apa.apa lah semua masuk angin, semua masuk entah apa lagi, pakar berhempas pulas nak perbetul urat urat mencuri merompak supaya dapat mencuri lagi, income tax pun tak bayar dulu kah kah kah syukur rezeki masuk walau banduan kah kah kah selamat
BalasPadamWah banduan ni banyak belajar dengan Pablo Escobar nampaknya, sedarlah pegawai-pegawai atasan agensi yang terlibat dengan salahguna kuasa dengan tidak amanah bersengkokol dengan banduan... gaji anda datang dari duit cukai pendapatan rakyat, kami tidak akan halalkan satu sen daripada menjadi darah daging kepada anda dan keturunan anda sekiranya anda salahgunakan kuasa dan bersengkokol
BalasPadamTT, najib ketagih ketum atau isap gam dalam penjara ke sampai kena dipulihkan di hospital cheras? Kah! Kah! Kah!
BalasPadamSakit apa pulak sekarang? Pinggang perut mulut otak kepala apa sakit sampai physia woit??? Kah kah belajar dari abang dia lah kot anuar berahi sampai nak bedah di Jerman nak bedah di luar negara konon, kah kah kalau pemimpin negara nak luar negara maka mereka sendiri tidak percaya doktor di negara ini amin kah kah kah
BalasPadam