Pakatan bincang permohonan Muda secepat mungkin, kata Anwar
PAKATAN Harapan (PH) akan membincangkan mengenai penyertaan Muda dalam gabungan itu secepat mungkin, kata pengerusi gabungan itu Anwar Ibrahim.
“Kami masih belum membincangkan perkara ini tetapi kami akan menyelesaikannya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita semasa majlis Pentas Angkatan Muda di Taman Medan.
Pada Selasa, presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Muda berminat untuk menyertai PH.
Mengenai peruntukan kerusi untuk gabungan itu, beliau berkata perbincangan mengenainya akan diadakan tidak lama lagi.
“Semuanya berlaku terlalu pantas,” katanya ringkas.
Menurutnya beliau dan rakan-rakan pemimpin telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan rakan seangkatan mereka dalam pakatan pembangkang.
“Perbincangan tidak rasmi telah dijalankan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke, serta presiden Amanah (Mohamad Sabu),” kata Syed Saddiq dalam satu majlis di ibu negara.
Ahli Parlimen Muar itu menambah, parti itu menyasarkan tidak lebih daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
Bagaimanapun pada Rabu, Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata majlis itu lebih tertumpu kepada rundingan kerusi sebagai persediaan menghadapi PRU15.
“Kami masih belum bercakap mengenai mana-mana parti lain yang menyertai Harapan. Saya hanya mengetahui permohonan Muda untuk menyertai kami melalui media,” katanya.– 10 September, 2022.
Kalau pakatan nak lingkup bawa lah masuk Trojan horse muda ciptaan madey. Madey bapak perompak yg mula2 sekali merompak syarikat2 kerajaan dan diberi kepada kroni atas nama PENSWASTAAN. Kunun nya golongan pekerja semua malas dan swasta boleh merajinkan mereka. Dari situ lah bermula lambakan pendatang halal dan haram yg tidak ada penghujung. Cukong bertambah kaya dan rakyat tempatan berhempas pulas bersaing dgn orang asing. Ahli politik akan buncit tembolok di suap oleh cukong.
BalasPadamKah kah kah masalah sebelum menang dah berebut kerusi, masing masing tak percaya, masing masing penting kan diri, nak jadi why Bee, nak jadi PM, nak jadi Munke, sebab ITU semua lingkup, lebih banyak kawan betul cakap TT, penting menang besar, kalau menang ciput tak guna, nanti ada kayak nanti ada tikam belakang, nanti ada khianat, buang semua yang buruk, join muda tarik undi muda, kalau harap semua tua mampus lah woit, susah nak faham kah, kah kah biar lingkup terus
BalasPadam