Cabaran sukar PRU15 untuk Amanah, Pakatan, kata Mat Sabu
PARTI Amanah dan gabungan Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan cabaran amat sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan pelbagai masalah dalaman, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
“Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka ‘Fastabiqul Khairat’ - atau “Perlumbaan Yang Baik”.
“Tidak wajar ia menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2022 dengan tema Amanah Untuk Malaysia di Seremban hari ini.
Pada sidang media selepas itu Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata rundingan agihan kerusi antara parti PH bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan diselesaikan hujung bulan ini.
Semalam, Naib Pengerusi PH Salahuddin Ayub berkata kira-kira 70 peratus daripada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14 telah selesai dirunding antara parti gabungan PH.
Konvensyen Amanah 2022 yang akan berakhir esok dihadiri oleh lebih 800 perwakilan seluruh negara. – Bernama, 17 September, 2022.
Yolah, kemah bosar tanpa Atuk kaki koncing PH
BalasPadamAnwar kalau dengar kata. Kalau.
BalasPadam