Ahad, 25 September 2022

PANG ANAL BUAT SILAP


Orang marah Umno jika PRU musim tengkujuh, kata penganalisis

DESAKAN Umno supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim tengkujuh pada bulan November akan menimbulkan kemarahan orang ramai dan mungkin menjejaskan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis politik.

Mereka berkata walaupun Umno mahu meneruskan momentum kemenangannya di Johor dan Melaka, mengadakan pilihan raya ketika orang ramai menderita bukanlah satu langkah baik.

Jika Umno memilih untuk meneruskan pilihan raya semasa musim tengkujuh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti bertindak dan memastikan orang ramai yang tinggal di kawasan dinaiki air dapat keluar mengundi.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, Umno berisiko menyebabkan kemarahan orang ramai.

“Apabila mereka marah, mereka mungkin keluar beramai-ramai untuk mengundi menentang kerajaan, seperti yang mereka lakukan pada PRU14,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insight.

“Apabila mereka mengadakan PRU14 pada pertengahan minggu, orang ramai masih pulang untuk mengundi.”

PRU 2018 diadakan pada hari Rabu. Walaupun hari bekerja, rakyat Malaysia keluar mengundi, mencipta sejarah apabila mereka menyingkirkan BN selepas 60 tahun memerintah.

Hisommudin Bakar, pengarah eksekutif Ilham Centre juga bersetuju pilihan raya pada musim tengkujuh akan menjejaskan kejayaan Umno.

“Umno bergantung kepada peratusan keluar mengundi yang rendah, sama seperti di Johor dan Melaka bagi membolehkan kemenangan berpihak kepada mereka,” kata Hisommudin.

“Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga bergantung kepada pembangkang yang berpecah untuk menang, tetapi PRU dan pilihan raya negeri pada asasnya berbeza.

“Saya khuatir Umno mungkin membuat pengiraan yang salah, seperti yang mereka lakukan pada PRU14, bila mana mereka memanggil pilihan raya berdasarkan kemenangan mereka di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.”

Hisommudin berkata, jika banjir menyebabkan kerosakan teruk, pengundi mungkin memilih untuk menghukum BN.

“Kita tidak dapat menentukan tahap kerosakan akibat banjir. Bahaya (buat Umno) jika pengundi beremosi dan memilih untuk menghukum mereka.”

Alasan Umno kononnya Dr Mahathir Mohamad mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh pada 1999 juga tidak tepat, katanya.

“Iklim dunia sekarang berbeza.”

SPR bertanggungjawab

Mazlan berkata, SPR mesti mengambil semua langkah untuk memastikan pengundi dapat menggunakan hak perlembagaan mereka untuk keluar mengundi.

“Jabatan Meteorologi sudah memberi amaran mengenai cuaca, jadi jika Umno masih meneruskan, SPR mesti bersedia,” katanya.

“SPR mesti memikirkan cara untuk membawa orang ramai ke pusat mengundi atau menubuhkan stesen mengundi di pusat pemindahan sementara, itu tanggungjawab mereka.

“Mereka perlu membantu orang ramai pergi ke tempat mengundi. Jika tidak, pengundi boleh mengambil tindakan undang-undang kerana hak mereka untuk mengundi disekat.”

Mazlan berkata, andaian mangsa banjir tidak mahu keluar mengundi juga salah.

“Pengundi jauh lebih sedar sekarang dan mereka lebih tahu daripada kerajaan.”

Mazlan berkata, secara keseluruhan peratusan keluar mengundi, jika diadakan pada musim tengkujuh, adalah rendah.

“Tetapi, ia akan menikam diri sendiri buat kerajaan dan akan merosakkan imej kerajaan kerana mereka hanya mementingkan kuasa dan bukannya kebajikan rakyat.”

Awal minggu ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun terdapat kemungkinan banjir, BN sanggup menghadapi situasi itu untuk berkempen pada PRU.

Beliau berkata, sekiranya pengundian diadakan pada hujung tahun, jentera Pemuda BN akan bersedia menghulurkan bantuan di kawasan yang dilanda banjir.

Beliau berdepan kritikan hebat daripada pembangkang susulan komennya.

Kelmarin, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menepis dakwaan PRU akan diadakan pada musim tengkujuh, susulan mesyuarat Kabinet.

Beliau berkata, Kabinet sebaliknya membincangkan mengenai persiapan menghadapi banjir. – 25 September, 2022.


ALAAMAK

PENG ANAL

SUDAH BUAT

SILAP

KAH KAH KAH

PATUT JANGAN

BERI TAHU HAL

RAKYAT MARAH

KAH KAH KAH

BIARKAN ZAHID

BUAT PRU 

DALAM HUJAN

AMIN

BIARKAN

PENGUNDI MARAH

PADA NAJIB

MARAH PADA

ROSMAH 

MARAH PD ZAHID

AMIN

BILIK SEKOLAH

TEMPAT MENGUNDI

AMIN

BILIK SEKOLAH

TEMPAT MANGSA

BANJIR

KAH KAH KAH

KENA PULAK

MENGUNDI DALAM

BANJIR LAGI

TAMBAH MARAH

KAH KAH KAH

AMIN

3 ulasan:

  1. Kiranya PRU diadakan musim banjir rakyat akan marahkan umno. Mrk tak mahu bg undi pd umno tp antara menyelamatkan harta benda dan nyawa drp pegi mengundi mengharung air lebih baik duduk diam dirumah. Buatlah apa dorang nak buat kita jaga klrga dan nyawa kita dulu. Sape pun menang 2 X 5 je kita camni jugak. Keh keh keh

    BalasPadam
  2. Alamak.....peng anal ni terlalu fokus part orang marah pulak. Apa peng anal ni ingat wak dengan kuncunya sembab sangat ke tak tahu orang akan marah? Lollll

    Wak dan kuncunya ada banyak advantage kalau pru masa banjir. Majoriti org akan tersekat, taknak ambil risiko untuk keluar mengundi. Dengan kos hdup makin meningkat, berapa kerat sangat sanggup ambil risiko 'apa2 terjadi kerana nak mengundi'? Aku yakin ramai laki bini kelahi last3 tak balik ngundi.

    Sedangkan di pihak umno, dorang boleh pakai jentera kerajaan...Dan Dan Dan bawak balik pengundi.. boskur kata Cash is King. They will win. For sure.

    BalasPadam
  3. UMNO nak undi melayu, UMNO nak bodohlah melayu, senang guna agama senang guna kaum, senang guna cerita Mat Kilau, Bukit Kepong, cerita komunis, cerita Yahudi, cerita kafir haram halal, curik halal, rasuah halal, yayasan budi halal, curik 1mdb halal, rasuah kapal selam halal, cerita kapal perang halal, semua kecurian halal, semua rasuah oleh orang Islang halal, yang tak halal tak pakai tudung, tak cukur bulu ketiak, tak cukur bulu puki, jilat kulum sodomi pun tak halal kah kah kah pening woi pening lah, makan minum nak halal tapi duit rasuah tak haram semua halal belaka amin kah kah kah

    BalasPadam