Rabu, 21 September 2022

SABRI BLUUR DAH BERANI LAWAN TOWKAY

 




Kalau kerajaan gagal, menteri Bersatu pun gagal, kata PM

KALAU betul kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara sekarang, kegagalan itu sudah tentu juga berpunca daripada menteri kabinet dari Bersatu, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjawab kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Awal hari ini, Muhyiddin berkata Parlimen elok dibubar sekarang untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana kerajaan pimpinan Ismail Sabri gagal menyelesaikan ekonomi yang terus membelenggu rakyat.

Malah menurut Ismail Sabri, kalau kerajaan yang diterajuinya gagal, Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diketuai Muhyiddin pun tentu gagal juga kerana tugasnya menasihati kerajaan.

“Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab bersama. Kalau gagal maknanya semua gagal. Semua gagal termasuk Majlis Pemulihan Negara juga gagal,” katanya, seperti dipetik media di Putrajaya.


Perdana menteri juga berkata soal ekonomi ditangani oleh menteri dari Bersatu iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed.

Ismail Sabri menjawab soalan pemberita yang meminta mengulas kenyataan Muhyiddin.

Menurut perdana menteri, beliau tidak membaca kenyataan tersebut dan tidak jelas maksud sebenar Muhyiddin.

Dalam kenyataannya, Muhyiddin berkata beliau belum sampai ke tahap mendesak perdana menteri untuk segera mengadakan pilihan raya tetapi terfikir mungkin itu jalan terbaik untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang boleh menyelamatkan keadaan.

Muhyiddin berkata beliau tidaklah seperti Barisan Nasional (BN) yang menekan perdana menteri supaya segera membubarkan Parlimen, tetapi terfikir mungkin itu jalan yang ada untuk menyelamatkan keadaan.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin juga mendedahkan selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) beliau sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan namun semua itu tidak dipedulikan oleh perdana menteri.

Beliau memberi contoh isu kejatuhan nilai ringgit, yang katanya, tidak dipandang serius oleh kerajaan.

Muhyiddin menerajui MPN dengan jawatannya bertaraf menteri selepas beliau letak jawatan perdana menteri pada Ogos 2021. – 19 September, 2022.



SABRI BLUUR DAH

BERANI LAWAN

TOWKAY

KAH KAH KAH

MASA NAK JADI

PM MAT BLUUR

ADA JANJI DG

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

SEKARANG 

MAT BLUUR DAH

BERANI TIBAI

MUHYIDIN

AMIN

SYABAS 

MAT BLUUR

INI MACAM

BARU TOJENG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan