Najib kekal ahli Parlimen Pekan sehingga pengampunan dibereskan, kata speaker
BEKAS perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, menurut Speaker Dewan Rakyat.
Azhar Azizan Harun berkata memandangkan petisyen pengampunan Najib telah difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen akan bermula sebaik petisyen itu diterima atau ditolak.
“Ini bermakna status Najib Razak sebagai ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan.
“Memandangkan terdapat permohonan pengampunan yang belum selesai, kerusi Pekan tidak akan dikosongkan sehingga pengampunan itu diterima atau ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International.
Semalam, dilaporkan petisyen pengampunan diraja bekas perdana menteri Najib telah diedarkan di Pekan.
Timbalan Ketua Umno Pekan Zamri Ramly berkata beliau berharap sekurang-kurangnya 100,000 penduduk kawasan itu akan menandatangani petisyen berkenaan.
Semalam juga dilaporkan Najib terpaksa dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan kesihatan.
Beliau dilaporkan stabil namun keadaan kesihatannya tidak diketahui.
Pagi tadi Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 5 September, 2022.
Payah nak kato la TT, kito yg dah tgk bideo adik angkat kak mah tu - wajib bg Agong tgk jugak. Kalau tak, kito jatuh jadi subahat. Biar Agong suruh UTK polis askar ambush bilik kocik tu, itu jam baru kito tau adik angkat kak mah menipu ataupun tak. Bab berkawan dgn syaiton yg direjam ni bkn memain TT, jin syaiton ado ajo utk memesongkan akidah kak mah. Lagi² kalau kak mah sendiri yg nak make fren dgn diorg... Kah kah kah kah kah!!! Buat Yana@Gina Najib, mustahil ekau tak tau apo aktiviti omak ekau kat umh kocik tu. Takkan buto² ajo cayo kalau omak ekau koba itu bilik stor. Kalau dah hari² lopeh maghrib bau colok, apo eh tak polik lak kan. As i told u before Yana@Gina Najib, anda tau setiap kebenaran itu. Tapi anda menafikan utk menjaga maruah omah abah. Akak ekau yg lain abah tu lain pendapat dgn ekau Gina... sebab dia tau kebenaran tu pahit tapi yg salah totap salah. Bangkit la dari leno yg panjang tu, duduk la ontok².. takyah nak berucap bagai utk umngok!!!!
BalasPadamWhy Bee penting cari makan mereka lah, patut yang tu kena lupus dulu lag kah jah cure the best kah kah kah
BalasPadamMatno nyo Sakau masih ON jadi ahlol Parlimen Pokan sampai dapek Ampoong. Ini dah macam hikayat selimut kochik ..tarik koateh nampak pantek, tarik kobawah moninjau tetek ..
BalasPadamIni cara beri tekanan emosi kepada istana lah woi, dia orang punya suka, kalau mintak ampun pun cara gangster, letak pisau dekat kerongkong adoi letih, letih ajar puak puak yang dah lama berkuasa,sampai lupa mana betul mana salah woit kah kah kah kesian kesian
BalasPadamthe system will collapse for sure.. its about time
BalasPadam