Selasa, 27 September 2022

ZAHID BUKAN BUAT LAWAK BERDIRI



BN boleh menang PRU15, aura 'Bossku' Najib masih kuat, kata Zahid

WALAUPUN Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara, ia tidak akan menghalang kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana aura “Bossku” masih kuat, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata rakyat masih menghargai sumbangan Najib dan orang ramai mulai mengetahui kebenarannya.

“Mereka meramalkan pemenjaraan Najib Razak akan menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya di Facebook.

“BN terus mara. Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran.

“Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU15 akan datang.”

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata tuduhan mengatakan Najib diberikan layanan istimewa di penjara adalah “character assassination”.

“Character assassination atau pembunuhan karakter yang menjadi senjata politik musuh BN bertujuan ‘membunuh’ nama baik seteru politik mereka.

“Mereka berharap nama Najib berjaya ‘dibunuh’ selepas dipenjarakan, namun aura ‘Bossku’ masih jadi sebutan rakyat hingga hari ini.

“Menyebabkan lawan BN jadi seriau dan meneruskan misi pembunuhan karakter ‘Bossku’ walaupun Najib kini berada dalam tahanan,” katanya.

Zahid berkata beliau percaya dan yakin niat jahat lawan BN itu tidak akan berhasil kerana mereka terlepas pandang perkara pokok tentang “Bossku”.

Najib sebelum ini pernah berkata makna sebenar slogan “Bossku” adalah rakyat, “Bossku” yang sebenar di sebalik istilah itu adalah rakyat.

Bulan lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib dan mengekalkan hukuman dijatuhkan terhadapnya selepas disabitkan bersalah dalam kes SRC International.

Mahkamah tertinggi itu memerintahkan ahli Parlimen Pekan itu mula menjalani hukuman penjara 12 tahun, serta merta. – 27 September, 2022.

WOIT

ZAHID BUKAN

BUAT LAWAK

BERDIRI

KAH KAH KAH

ZAHID CAKAP

JUJUR

AMIN

ADALAH LEBIH

BAIK NAJIB

DI ANGKAT JADI

POSTER BOY BN

KAH KAH KAH

NAJIB  CALON

PM BARISAN

INI LAGI TERBAIK

KAH KAH KAH

SILA BAWA

ROSMAH BERSAMA

JUGA ISTERI MUDA

BARU AURA

JADI ARORAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan