Cubaan warga Myanmar seludup masuk melalui kebun getah gagal
BUKIT KAYU HITAM – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba masuk ke negara menggunakan laluan yang tidak sah diberkas dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam,
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua warga asing itu diberkas menerusi Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam di Bukit Kayu Hitam.
“Pasukan peronda mengesan pergerakkan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan selain cuba bersembunyi di kawasan belukar kebun getah pada jam 8 pagi.
“Susulan itu, anggota bertugas berjaya menjejaki 13 individu warga Myanmar.
Kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah kenyataan itu, pemeriksaan lanjut juga mendapati kesemua Pati itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain memasuki negara melalui laluan haram.
“Secara keseluruhan nilai rampasan serbuan itu berjumlah RM4,004 dan rampasan membabitkan tujuh buah telefon bimbit serta wang tunai dalam matawang tempatan, Myanmar dan Thailand.
“Kesemua 13 Pati yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tanya diaorang myanmar tu apa kerja boleh buat?
BalasPadamKerja ladang kerja bendang kerja kebun kerja restoran semua perlu tenaga.
Mengasuh budak pun ok. Mengasuh bapak budak tu tak boleh le nanti lain pula jadinya.
tt betul. Tak perlu sumbat ke tahanan buat leceh kerja nak jaga bagi makan lagi.
Penjawat awam penguatkuasa tolong ada rasa insan dan jangan jadi bodoh ya.
Aku x berapa setuju dgn cadangan ini sebab nanti lagi banyak yg masuk. Mereka ini semua ringan tulang,ada inisiatif ada wawasan....
BalasPadam