Selasa, 18 Oktober 2022

BERITA NAFI ERTINYA ADA



“Tiada perpecahan antara saya dan Ahmad Zahid” – Ismail Sabri


BAGAN DATUK – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai sebarang isu atau berlaku perpecahan seperti dakwaan atau tohmahan sesetengah pihak.

Naib Presiden UMNO itu berkata, adu domba mengenai perkara tersebut adalah lebih kepada misi untuk memecahkan mereka yang kelak menguntungkan pihak bertanggungjawab membuat tohmahan terutama pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya beri jaminan tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid Hamidi tetapi (wujud) ‘nasi-nasi tambah’ di luar sana sebenarnya kerana apabila kita berpecah, yang untung mungkin mereka.

“Pepatah Melayu menyatakan ‘antan sama antan berlaga, ayam di tepi kekenyangan.’ Kita berlaga, dia untung. Jadi marilah kita bersatu, biarkan dia yang rugi,” katanya semasa melancarkan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini yang dihadiri pelbagai lapisan pemimpin komponen, parti serta masyarakat setempat.

Ismail Sabri berkata, apabila timbul pelbagai perkara dan persepsi luar berkaitan fitnah perpecahan tersebut, beliau dan Ahmad Zahid duduk berbincang bagi menghentikan serta menepis persepsi jahat itu.

Justeru, beliau berkata, adalah penting bagi BN untuk terus bersolidariti mengukuhkan perpaduan yang ada agar tidak lemah diserang tohmahan mana-mana pihak khasnya kem pembangkang. – Bernama



WOIT
DI MALAYSIA

KALAU DINAFI

ERTINYA BETUL

KAH KAH KAH

KALAU TAK GADUH

APA PERLU BUAT

BERITA TAK 

ADA GADUH

AMIN

INI MESTI ADA

GADUH

KAH KAH KAH

KERANA

 ADA GADUH

MAKA KELUAR

BERITA TIDAK

ADA GADUH

KAH KAH KAH

KHALAS


2 ulasan:

  1. Tt..Dia menafikan sebab dia kena Jawab soalan. Secara lojiknya even dorang pun tahu 'kalau aku nafi mungkin orang akan cakap ada perpecahan'. Tapi apa pilihan dia ada? Dan kalau ada perpecahan sekalipun, dengan penafian sajalah akan buat ahli dorang calm down. Apa advantage untuk asal bukan Umno? Umno tak selembu yang kita fikirkan.

    Adalah lebih baik predict dorang bijak so boleh lawan dengan lebih bijak.

    BalasPadam
  2. Samalah bila kata perjumpaan biasa maknanya perjumpaan luar biasa bila kata sy ikhlas maknanya tak ikhlas sbb kalu ikhlas tak perlu kata ikhlas

    BalasPadam