Khamis, 13 Oktober 2022

DIRIKAN KEMAH BESAR


Bersatu sedia pertimbang kerjasama dengan Pejuang


Bersatu bersedia untuk mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata kerjasama berkenaan boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai perkara itu, bagaimanapun Muhyiddin mengesahkan setakat ini pihak Pejuang belum menghubunginya bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Setakat ini, tiada pihak berhubung dengan saya tentang soal itu. Lagipun kita dah berada dalam fasa persiapan, dulu pun pernah juga bincang awal, tapi lepas itu tak jadi apa-apa. (Jadi) saya kurang pasti sama ada serius atau tidak cadangan (kerjasama) itu.

“Kalau ada pihak yang serius (untuk bekerjasama), kita sedia menimbang. Walaupun itu bukan hak saya sebab perkara tersebut perlu dibawa ke Majlis Tertinggi Bersatu untuk difikirkan (kerjasama) perlu atau tidak.

“Secara keseluruhannya bagi PN, kita sudah bersiap sedia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu akan mempertimbangkan mengadakan kerjasama politik dengan parti lain yang dikira "sebulu" dengan Pejuang untuk menentang Umno dan Barisan Nasional (BN), selain kesediaan Bersatu untuk bekerjasama dengan Pejuang.

 BIJAK TEPAT

DIALU ALUKAN

AMIN

BUKA BUKU

BARU TUTUP

BUKU LAMA

AMIN

KENALI MUSUH

UTAMA

KENALI KAWAN

SE KUBU

AMIN

HANYA DENGAN

KEMAH BESAR

GEROMBOLAN

DAPT DIKALAHKAN

AMIN

KEMAH KOCIK

JAMIN KALAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan