Khamis, 13 Oktober 2022

DIRIKAN KEMAH BOSA - KEMAH KOCIK JAMIN KALAH




Umno mahu PRU awal

 kerana penjenayah
 
nak elak hukuman, 

kata Dr Mahathir
Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab kritikan Ismail Sabri Yaakob terhadap anggota Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, mengatakan parti komponen kerajaan campuran itu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka sendiri.

"Tak usahlah salahkan PN 12," kata bekas perdana menteri itu.

"Walaupun perdana menteri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran pengetahuan dan persetujuan parti komponen berhak memberi pandangan mereka."

Pada 11 Oktober, Ismail menyelar anggota Kabinet dari Bersatu dan PAS yang menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap pilihan raya pada musim tengkujuh.

12 menteri itu juga menggesa supaya tumpuan diberikan kepada pemulihan ekonomi berikutan lebih dua tahun pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Ismail berkata pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas adalah untuk menghentikan cakap-cakap mengenai keabsahan kerajaan dengan mengembalikan mandat kepada rakyat.

"Keputusan ini juga adalah rentetan terhadap perkembangan politik semasa tanah air di mana 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong. " katanya.

"Justeru, pembubaran ini bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan."

Beliau juga tindakan mengutus surat kepada raja, menunjukkan menteri-menteri itu telah membelakangkan institusi perdana menteri, yang perlantikannya diperkenankan oleh Agong.

PRU15 dijadualkan akan diadakan selepas tamat penggal tahun depan, namun Ismail telah mendapat tekanan daripada sekumpulan pemimpin Umno yang bersekutu dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen lebih awal.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahathir berkata Umno yang hendak PRU15 diadakan lebih awal.

"Pedulikan banjir. Yang penting ialah Umno menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” katanya. 


MADEY CAKP

ADA BETUL

ADA SALAH

AMIN

BETUL ZAHID NAK

LARI DARI PENJARA

AMIN

UNTUK ZAHID

PRU SEKARANG

AMAT BAIK

KERANA 

PEMBANGKANG

MASIH GADUH SAMA SENDIRI

AMIN

 JAWABNYA

DIRIKAN 

KEMAH BOSA

AMIN

KEMAH KOCIK

JAMIN KALAH 

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan