4 individu termasuk 3 sekeluarga didakwa cuci duit lebih RM300 juta
EMPAT individu termasuk tiga sekeluarga mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas 150 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM300 juta pada 2018 hingga 2020.
Abdul Wahab S. Mohd Mydeen, 53, Mohd Nasree Abdul Rahman, 36, Nur Hafeezah Abdul Wahab, 26, dan Reesool Bivi Yusof Gini, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Mohd Nasree, pengarah urusan sebuah syarikat pelaburan didakwa atas 118 pertuduhan manakala Abdul Wahab, yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut didakwa atas 30 pertuduhan, serta dua pertuduhan yang dibaca bersama isterinya, Reesool Bivi dan anak perempuannya, Nur Hafeezah.
Di hadapan Hakim Mohammad Khalid, Mohd Nasri menghadapi 60 pertuduhan dan Abdul Wahab 15 pertuduhan serta satu pertuduhan yang dibaca bersama Nur Hafeezah.
Hakim Mohammad Khalid kemudian menetapkan ikat jamin RM300,000 untuk kesemua pertuduhan dihadapi Mohd Nasree, RM50,000 ikat jamin untuk Abdul Wahab dan RM25,000 untuk Nur Hafeezah.
Di hadapan Hakim Mazdi pula, Mohd Nasree didakwa dengan 58 pertuduhan manakala Abdul Wahab berdepan 15 pertuduhan serta satu pertuduhan yang dibaca bersama Reesool Bivi.
Mahkamah membenarkan Mohd Nasree diikat jamin RM200,000 bagi kesemua pertuduhan, Abdul Wahab (RM60,000) dan Reesool Bivi (RM10,000).
Mereka semua didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pelbagai bank di Semenanjung antara 2018 hingga 2020.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 15 November untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffrey Ong, manakala Abdul Wahab, Reesool Bivi dan Nur Hafeezah diwakili peguam Mashitah Jamaluddin, sementara Mohd Nasree diwakili peguam S. Raveentharan. – 5 Oktober, 2022.
Orang tamil pulau pinang yg berugama islam ada 2 pilihan politik. Masuk umno atau masuk kimma cuma kalu masuk kimma takkan hilang ketamilannya tp masuk umno dpt passpot jd melayu tp tak kan hilang kehitamannya.
BalasPadam