Selasa, 18 Oktober 2022

GANJA - SATU LANGKAH BETUL

 




ICR sedia protokol kajian untuk ubat berasaskan ganja


INSTITUT Penyelidikan Klinikal (ICR) sedang menyediakan protokol berhubung kajian untuk ubat berasaskan kanabis dan beberapa prosedur lain sebelum ia dibenarkan digunakan dengan selamat untuk pesakit.

Pengarahnya Dr P.Kalaiarasu berkata proses itu juga perlu melalui beberapa kajian dan memenuhi syarat-syarat tertentu kerana membabitkan kegunaan pesakit.

“Memang ada pertanyaan berkaitan penyelidikan kanabis iaitu yang dikaitkan dengan kanabis perubatan, dalam suasana sekarang perlu ada data yang sesuai berhubung perkara itu kerana ia untuk kegunaan pesakit (digunakan dengan selamat untuk merawat penyakit).

“ICR telah memulakan perbincangan dengan pakar perubatan dari segi penyediaan protokol dan seterusnya kami berbincang dengan pakar-pakar dari luar negara untuk pengendalian kaji selidik kanabis perubatan itu bagi kegunaan di sini (Malaysia),” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Kajian Klinikal Kebangsaan ke-14 2022 (NCCR2022) oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Mengulas lanjut, Kalaiarasu berkata dalam proses pembentukan protokol, pihaknya perlu meneliti beberapa aspek termasuk etika, penggunaannya dan kesan sampingan penggunaan ubat berasaskan kanabis sebelum mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata seterusnya pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, pengguna dan pakar untuk mendapatkan penjelasan dari segi kajian terlebih dahulu.

“Walaupun negara lain telah menggunakan kanabis untuk perubatan, kita perlu data paling tepat untuk dalam negara dan ICR berperanan membuat kajian sebelum membawanya kepada penggunaan dan dari segi penyelidikan serta padanan yang diperoleh (hasil kajian).

“Dari situ ia dapat jana data sama ada sesuai digunakan atau sebaliknya, kita perlu teliti kesesuaian tersebut dan seterusnya kita lihat kepada keadaan sama ada pakar perubatan boleh menggunakannya untuk kajian berkenaan,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka pendaftaran bagi ubat berasaskan kanabis jika terdapat bukti kukuh bahan itu boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit.

Beliau dilaporkan berkata ICR di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif. – Bernama, 18 Oktober, 2022.

INI CARA

TERBAIK

AMIN

BUKAN SALAH

GUNA GANJA TAPI

GUNA GANJA

DENGAN BETUL

AMIN

LEPAS GANJA

PASTI KETUM

AMIN

JUGA WAJIB

DIBEBASKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan