Rabu, 26 Oktober 2022

HUJAN DATANG PAYUNG HILANG


Ramai-ramai kita berpayung mengundi

“SEDIAKAN payung sebelum hujan”. Peribahasa yang membawa maksud bersiap-sedialah kita sebelum menghadapi musibah. Payung dan hujan antara perkataan yang banyak diperkatakan malah digunakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ia menjadi perhatian sejak awal lagi, sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Ramai kelihatan tidak bersetuju dengan langkah itu meskipun di bawah Perlembagaan Persekutuan perdana menteri mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran. Begitu juga di peringkat negeri. Ketua menteri dan menteri besar mempunyai kuasa bagi mendapatkan persetujuan untuk membubarkan Dewan Perundangan masing-masing.

Menjadi budi bicara ketua kerajaan bagi memanggil pilihan raya mengikut kesesuaian masing-masing.

Jika kuasa itu termaktub dalam perlembagaan mengapa rakyat melahirkan kekecewaan dan marah dengan keputusan itu? Rakyat melihat dari sudut yang berbeza.

Adakah pengundi kurang arif mengenai peruntukan undang-undang? Ataupun ketua kerajaan gagal dalam memahami dengan penuh kehendak rakyat terutamanya pengundi?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 19 November sebagai hari pengundian. Ini kali pertama musim tengkujuh dan kemungkinan banjir besar akan berulang menjadi perhatian ramai menjelang PRU.

Rakyat tidak menolak PRU. Sebaliknya rakyat tidak mahu ia dilangsungkan ketika musim tengkujuh.

Meskipun PRU pernah diadakan pada November, di musim tengkujuh 23 tahun yang lalu tetapi ketika itu ia tidak menjadi satu perkara besar, yang ditanggapi akan menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan pengundi untuk keluar mengundi dan memilih kerajaan mengikut kehendak mereka. PRU 1999 yang berlangsung pada 29 November, hari Isnin juga tidak menjadi polemik apabila dilangsungkan ketika musim tengkujuh.

Malangnya, hari ini keadaan telah berubah. Cita rasa rakyat juga semakin berubah.

Kali ini kelangsungan PRU pada bulan November menjadi perhatian banyak pemegang taruh. Parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, penganalisis  mengeluarkan pandangan supaya perdana menteri tidak memanggil PRU15 ketika musim tengkujuh. Ditambah dengan pendirian 12 anggota jemaah menteri dari Perikatan Nasional (PAS dan Bersatu) mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya tidak diadakan pilihan raya umum pada waktu ini.

Ismail Sabri Yaakob, perdana menteri sementara menolak dakwaan bahawa beliau tidak berunding dengan jemaah menteri sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, malah menegaskan isu itu pernah dibincangkan dua kali. Beliau mengakui terdapat pelbagai pandangan bertentangan daripada pihak menteri berkaitan tindakan dan masa untuk membubarkan Parlimen.

Hampir setiap hari MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Tanda pagar atau hashtag #undibanjir juga mewarnai media sosial sejak sebelum pembubaran Parlimen diisytiharkan. Hanya tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang yang mengambil langkah membubarkan Dewan Perundangan masing-masing. Enam negeri lain memutuskan tidak akan mengikut langkah Pusat dalam perkara ini.

Kesemua enam negeri terbabit meletakkan fokus bagi menangani banjir dan kebajikan rakyat berbanding kembali untuk mendapatkan mandat ketika musim banjir. Alasan kepimpinan kerajaan negeri terbabit, masih ada masa sebelum memutuskan pembubaran.

Ya, banjir sukar untuk diramalkan. Ia hanya satu ramalan. Ada kalanya ramalan boleh menjadi kenyataan. Banjir boleh berlaku.

Pemimpin perlu memayungi rakyat yang mengundi dan memberikan mereka mandat. Pengundi memayungi pemimpin untuk memimpin mereka dengan efektif. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin politik baru-baru ini dilihat menyinggung hati pengundi. Niat dan maksud kenyataan pemimpin tidak selari.

Jadi, payung boleh menjadi senjata makan diri. Malah payung juga boleh menambah undi seseorang calon. Pilihan di tangan pengundi. Dan bagaimana parti politik hendak menggunakan payung dengan berkesan?

Payung juga antara item yang diberikan sebagai hadiah ketika musim pilihan raya. Pengundi diberikan payung. Parti-parti politik menyediakan payung sebagai antara barang hadiah politik dengan harapan pengundi akan menyokong mereka. Yang kecil, yang besar dan pelbagai corak.

Justeru itu payung bukanlah item luar biasa ketika pilihan raya. Tetapi mempunyai pengertian yang mendalam.

Kali ini payung menjadi perhatian khusus menjelang PRU15 yang akan dilangsungkan ketika musim tengkujuh, dan di sebalik kekhuatiran  banjir akan melanda negara.

Parti-parti politik dan calon-calon yang bakal bertanding tiada pilihan kecuali menyediakan payung sebelum hujan dan lebih tepat menyediakan payung menjelang hari pengundian. Topi dan baju kalis hujan juga akan bertambah dalam senarai.

Jom, ramai-ramailah kita keluar mengundi sambil berpayung. – 25 Oktober, 2022.

* Dr G Manimaran ialah bekas wartawan berpengalaman membuat liputan pilihan raya sejak 1991. Beliau juga penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir.


AWAS

GEROMBOLAN

INI ADA PERANGAI

YANG BERKALI

KALI DIGUNAKAN

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

BERI PAYUNG

WAKTU PANAS

AMIN

BILA UJAN SAMPAI

AKAN MINTA

PAYUNG 

DIPULANGKAN

AMIN 

KHALAS

2 ulasan:

  1. Semua bagi tilam bantal mimpi semua sanggup sekarang tetapi lepas pilihanraya semua lepas, semua naik harga, semua projek sapu semua komisen sapu, semua curi curi melaysia jalan Amin, dulu kini selamanya Amin kah kah kah

    BalasPadam
  2. bukan takat tu je deme bukak empang sekali... kah kah kah..

    BalasPadam