Khamis, 27 Oktober 2022

JANGAN CEPAT PERCAYA GAJI BESAR


Rakyat Malaysia dikurung hampir setahun di Filipina

SEORANG lelaki tempatan dikurung hampir setahun dipercayai menjadi hamba pemerdagangan manusia di Manila, Filipina sejak November tahun lepas.

Ibunya Vong Foong Thai, 61, seorang tukang jahit berkata anaknya Choong Chin Yee, 24, pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di sana kerana ketiadaan kerja selepas pandemik Covid-19.

“Anak saya mahu bekerja di sana selepas ditawarkan satu pekerjaan yang bergaji lumayan iaitu RM8,000 oleh rakannya di Filipina.

“Setibanya di sana, pasportnya dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan anaknya tidak membocorkan (keadaan sebenar) kepada ahli keluarga,” katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Vong berkata anak sulungnya itu mula menyedari dia ditugaskan melakukan penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia yang kononnya menawarkan gaji lebih RM9,000.

“Anak saya tidak mahu melakukan tugas itu jadi memohon untuk dilepaskan. Pada 27 Julai lepas, saya diugut oleh seorang lelaki melalui pesanan suara daripada aplikasi WeChat menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang tebusan sebanyak RM100,000 bagi melepaskan anak saya pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata pihaknya akan menghubungi pihak kedutaan di Filipina bagi menguruskan kepulangan Choong selepas dia diarahkan bertemu pihak berkenaan oleh pihak polis. – Bernama, 27 Oktober, 2022.     

AWAS !!!

JANGAN TERLALU

CEPAT PERCAYA

GAJI BESAR

AMIN

DUNIA INTERNET

BANYAK TIPU

BANYAK HELAH

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan