Rabu, 26 Oktober 2022

KEMANA TELOR HILANG ?


Pengguna mengeluh sukar dapat bekalan telur ayam

RATA-rata pengguna kini mengeluh dan kecewa kerana sukar mendapatkan telur ayam di pasaran, lapor The Star.

Laporan itu menyebut, pemain industri bimbang keadaan ini akan berpanjangan jika kerajaan tidak campur tangan untuk menanganinya.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang-barang Runcit Malaysia Hong Chee Meng dipetik The Star sebagai berkata, masalah kekurangan bekalan telur di pasaran masih belum diselesaikan sejak isu ini diketengahkan Ogos lalu.

“berdasarkan maklumat daripada ahli-ahli kami, telur habis dalam tempoh beberapa jam sebaik dihantar ke kedai. Oleh sebab itu kedai-kedai runcit mengalami masalah stok,” katanya.

Menurut Hong, bekalan telur di pasaran terganggu ekoran peningkatan kos operasi penternak ayam menyebabkan penternak ayam terpaksa mengurangkan ternakan susulan peningkatan kos operasi.

Semalam, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menolak syor supaya harga telur ayam diapungkan atau diimport dari luar negara walaupun berlaku kekurangan bekalan domestik ketika ini.

Pengerusinya Annuar Musa dipetik Bernama mengesahkan terdapat kekurangan lebih 96 juta biji bekalan telur sebulan berikutan pengeluaran bulanan hanya 871.9 juta biji berbanding keperluan sebanyak 968.8 juta biji susulan kenaikan kos pengeluaran.

“Kita sama sekali tidak melihat opsyen import sebagai satu penyelesaian. Pertama kerana kedudukan harga telur di luar jauh lebih mahal jadi tak mungkin kita import telur yang lebih mahal dan jual murah di negara kita selain kita nak jaga industri pengeluaran tempatan.

“Kalau harga telur diapungkan pula harga dijangka melonjak tidak kurang 12 sen maka pasukan tidak memperakukan cadangan ini walaupun pengapungan dilihat sebagai satu jalan keluar yang lebih kekal terutama sekali mengikut pandangan pengeluar di ladang,” katanya dipetik Bernama, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan itu, di Putrajaya semalam.

Annuar berkata ketika ini harga telur ayam di peringkat ladang bagi gred A adalah 41 sen sebiji, gred B 39 sen dan 37 sen bagi gred C.

Bagaimanapun Annuar berkata kos pengeluaran bagi sebiji telur gred A di peringkat ladang contohnya ialah sebanyak 51 sen.

Sementara itu pengeluar telur, Wong Wei Chang berkata pembelian panik menyebabkan bekalan telur cepat habis di pasaran.

Gelombang baharu selesema burung di Eropah menjejaskan industri penternakan ayam, selain peningkatan kos bahan mentah seperti jagung dan soya yang digunakan untuk membuat makananan ayam, katanya dipetik The Star. – 26 Oktober, 2022.     


INI BARU TELOR

BARANG LAIN

AKAN IKUT SAMA

AMIN

SEMUA BERPUNCA

DARI KENAIKKAN

BAHAN MAKANAN

MEMILIHARA AYAM

AMIN

INI WATAK INFLASI

SESUDAH PKP

AMIN

BANYAK LAGI

BAHAN MAKANAN

DAN BARANG

AKAN NAIK HARGA

AMIN

IMPOT BUKAN

100% JALAN

 KELUAR

AMIN

KEMBALI KE ASAS

PERTANIAN

AMIN

BUMI HIJAU

SEDIA MAKANAN

KITA SENDIRI

AMIN

 KHALAS

3 ulasan:

  1. Nasib baik telor aku ada lagi tegantung. Yang dikatakan takda telor dipasaran rakyat ialah piem yg tak mau bedebat, nuar yg lari cari kawasan selamat, wak jawa yg nak ngelak masuk jel hahaha

    BalasPadam
  2. Sebab itu kita takleh ikut cara mat kepit sumer nak dikepitnya sampai telor pun dah tak nampak. Inilah padahnya main kepit.

    BalasPadam
  3. Apa gunanya 70 menteri kalau telur ayam pun tak boleh nak dijaga? Pergi mampuslah.

    BalasPadam