Saya masih presiden PBM, kata Larry Sng
LARRY Sng mengisytiharkan yang beliau masih presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), beberapa jam selepas parti itu melantik Zuraidah Kamaruddin sebagai presiden baharunya semalam.
Wakil rakyat Ampang itu sebelum itu menjadi calon presiden sebelum dipilih sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan semalam.
Bagaimanapun, pada hari ini, Sng yang juga wakil rakyat Julau berkata, ada proses yang perlu dilalui Zuraidah sebelum mengambil alih.
“Laporan tak tepat. Apa yang saya kata adalah memang niat saya supaya Zuraida mengambil alih PBM dan peralihan kuasa akan berlaku.
“Bagaimanapun, saya masih belum meletak jawatan sebagai presiden PMB dan saya tidak akan meletak jawatan jika spekulasi pilihan raya diadakan dalam masa terdekat (jadi kenyataan).
“Perlu diingatkan yang jika pilihan raya diadakan sebelum peralihan selesai, saya masih akan tandatangan watikah calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya di Facebook hari ini.
Semalam Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid berkata wakil Selangor Jaafar Wahyu mencadangkan Zuraida, calon presiden, untuk mengambil alih jawatan presiden PBM.
“Kami sudah lama menunggu dan kami berharap kepimpinan akan dapat menyelaraskan kerja parti,” katanya . – 2 Oktober, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan