Selasa, 11 Oktober 2022

LAGI KERENAH BN


Cuba tangguh pemeriksaan balas, hakim beri amaran kepada peguam Najib

HAKIM Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memberi amaran kepada pasukan pembelaan Najib Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa mereka tidak lagi dibenarkan untuk menangguhkan menyoal balas mana-mana saksi pendakwaan.

Hakim itu berkata demikian ketika peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meminta pemeriksaan balas ke atas saksi pendakwaan ke-40 iaitu bekas Pengarah Urusan AmInvestment Bank Berhad Kok Tuck Cheong, ditangguhkan.

Wan Aizuddin memberitahu mahkamah, peguam utama Muhammad Shafee Abdullah mempunyai satu lagi kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram membantah permohonan itu.

“Yang Arif, pihak pendakwaan tidak dapat memanggil saksi baharu kerana tiga saksi masih belum selesai memberi keterangan.  Kami mempunyai saksi yang telah disenaraikan.  

“Kami semua perlu membuat pelarasan. Saya ada perbicaraan kes yang masih belum selesai dan telah meminta hakim untuk melapangkan perbicaraan itu, kami juga membuat penyesuaian,” kata Sri Ram.

Pada ketika ini, Hakim Sequerah yang tidak berpuas hati dengan permintaan pihak pembelaan, berkata pada masa akan datang, jika Muhammad Shafee tidak dapat menjalankan pemeriksaan balas, maka Wan Aizuddin harus mewakilinya.

“Kamu tidak boleh lagi berbuat demikian. Prosiding perbicaraan yang dijalankan secara tertangguh, berulang kali, dengan menangguhkan saksi (memberi keterangan), saya telah banyak kali bertolak ansur. Bermula dari sekarang, jika Shafee tidak dapat melakukan pemeriksaan balas, kamu (Wan Aizuddin) harus menggantikannya.

“Kamu semua (Shafee & Co) mempunyai pasukan yang besar dan kamu (Wai Aizuddin) berkemampuan untuk melakukannya kerana sudah biasa dengan fakta kes ini. Selepas ini, beginilah perbicaraan kes ini akan berjalan. Pada masa akan datang, jika Shafee tidak ada (dan tidak ada sesiapa yang dapat menjalankan pemeriksaan balas), saya akan menganggap pemeriksaan balas telah selesai dan meneruskan untuk mendengar pemeriksaan semula,” kata hakim itu.

Wan Aizuddin berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Muhammad Shafee dan akan bertindak sewajarnya.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung pada 2.30 petang. – Bernama, 11 Oktober, 2022.

SEMUA INI

KERENAH NAK

LAMBATKAN KES

AMIN

NAK BUANG KES

BILA  ZAHID JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan