Rabu, 19 Oktober 2022

MAIL BERA ADA LAWAN


PM10 bakal muncul dari Rembau?


APABILA perdana menteri kesembilan Muhyiddin Yassin digulingkan pada Ogos 2021, Umno muncul menjadi parti dengan jumlah kerusi paling banyak.

Mengikut amalan lazim, ia mewajarkan pemimpin paling kanan dalam parti dilantik menjadi perdana menteri baharu, tetapi perkara itu tidak berlaku pada waktu itu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan 42 tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram. Amat tidak molek jika beliau dilantik menjadi perdana menteri.

Apa pula kata masyarakat jika sidang mahkamah ditangguhkan untuk memberi laluan kepada PM menghadiri mesyuarat kabinet, contohnya.

Lalu timbalannya Mohamad Hasan menjadi pilihan kedua. Namun perlembagaan mensyaratkan perdana menteri seorang ahli Parlimen yang mendapat keyakinan majoriti anggota dewan.

Mohamad hanya mewakili DUN Rantau, kerusi yang diwakilinya sejak 1999 dan membolehkannya menjadi menteri besar selama tiga penggal hingga 2018.

Mungkin sebab itulah sejak beberapa hari lalu, kita mendengar Mohamad akan bertanding kerusi Parlimen Rembau yang kini disandang Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Entah apa nasib Khairy kelak. Entah ke ceruk mana beliau akan dihantar bersabung untuk Umno. Ismail Sabri hanya menyebut beliau akan bertanding di kerusi sesuai.

Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador pula disebut-sebut sebagai lawan yang akan bertanding menentang Mohamad.

Abdul Hamid berpengalaman luas meneliti ragam politik negara sewaktu mengetuai cawangan khas PDRM. Beliau dilantik menjadi ketua polis sewaktu Dr Mahathir Mohamad menjadi PM ketujuh.

Namanya disebut sebagai calon di Rembau mewakili gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditunjangi Pejuang, parti Dr Mahathir.

Sekiranya benar bagai dikata, jika kedua-duanya sah bertanding pada hari penamaan kelak, pertandingan Mohamad dan Abdul Hamid bakal menjadi antara paling hangat dalam PRU15.

Di sisi Umno, Mohamad bukan sahaja perlu mempertahan parti yang paling lama mentadbir negara agar tidak terus hancur lebur dalam PRU15.

Beliau perlu mempromosi Umno sebagai parti dipimpin orang baik-baik, dan bukan sarang penjenayah, penyamun dan perompak.

Dalam usaha ini, Mohamad bakal berdepan calon berwibawa yang pernah mengetuai organisasi penangkap penyamun.

Tugas ini berat. Kita semua tahu bekas presidennya Najib Razak kini meringkuk di penjara bagi menjalani hukuman 12 tahun walau suara bekas PM itu masih bergema-gema di Facebook.

Selain Najib dan Ahmad Zahid, ramai lagi pemimpin Umno yang kerjanya turun naik mahkamah waktu ini.

Tentulah Umno berkeras bahawa Ismail Sabri tetap calon perdana menteri kesepuluh sekiranya berjaya menang PRU15, tetapi kita semua tahu wakil rakyat Bera itu bukan pilihan utama parti.

Mohamad perlu menjalankan tugas ini sewaktu undi dari pemilih Melayu semakin halus dengan penyertaan begitu banyak parti dengan polariti yang berubah-ubah.

Pengundi semakin berhalus dalam membuat pilihan, terutama selepas melihat betapa mudah kepercayaan mereka digadai sehingga kerajaan bertukar dua kali sejak 2018.

Kebanyakan parti yang bertanding kali ini sudah berpengalaman mentadbir negara, walaupun ada di kalangan mereka hanya sempat menguasai Putrajaya selama 22 bulan.

Parti ini ada rekod masing-masing yang dapat ditawarkan kepada pengundi kerusi Rembau yang jumlahnya mencecah hampir 90,000.

Dari segi kekuatan, majoriti diraih penyandangnya Khairy pada 2018 hanya kira-kira 4,000 undi. Di tiga DUN dalam kawasan itu, majoriti BN sekitar 3,000 hingga 5,000 undi.

Mohamad juga hanya menang kerusi Rantau secara teknikal pada 2018. Pencabarnya dari PKR gagal menghantar borang pencalonan pada hari penamaan 28 April.

Selain itu, Mohamad juga perlu berdepan parti PAS yang sudah memilih kerjasama dengan Bersatu dan hampir pasti akan berentap dengan Umno di situ dalam PRU15.

Jadi bukanlah mudah laluan Mohamad di Rembau kelak. – 19 Oktober, 2022.

WOIT

MAIL BERA 

BUKAN

PILIHAN PARTI

KAH KAH KAH

SEMUA INI

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

TIM MAIL BERA

BOLEH BUAT

KERJA

KAH KAH KAH

PASTIKAN 

HAMID BADOR

MENANG DI REMBAU

KAH KAH KAH

SEMUA BOLEH

DIURUS

SEMUA BOLEH

DI ATUR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan