Selasa, 25 Oktober 2022

MARI CHIN DARI BERSIH TAK DAPAT KERUSI ?


Pengundi mahu PKR calonkan penyandang ahli Parlimen wanita

LEBIH 250 pengundi di Petaling Jaya termasuk sukarelawan parti, pemimpin persatuan sivil dan aktivis menandatangani surat bertujuan menggesa PKR membenarkan penyandang wakil rakyat wanita dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kumpulan itu meluahkan kebimbangan kemungkinan jumlah calon wanita pada PRU15 berkurangan.

“Kami mengalu-alukan pengumuman Anwar Ibrahim yang PKR akan meletakkan 30% calon wanita pada PRU15.

“Namun kami bimbang dengan berita baru-baru ini yang memetik sumber berkata PKR akan mengurangkan jumlah calon wanita.

“Artikel itu menyebut penyandang seperti  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Maria Chin Abdullah, Tan Yee Kew dan June Leow Hsiad Hui antara yang akan digantikan dengan calon lelaki,” kata kumpulan itu.

Kumpulan itu berkata ahli Parlimen seperti Wan Azizan dah Chin membuktikan perkhidmatan mereka cemerlang dalam memperjuangkan isu kemiskinan, diskriminasi gender dan isu wanita.

Walaupun kandungan artikel itu ditepi dan dianggap khabar angin, kumpulan itu bimbang PKR tidak mementingkan wakil wanita, dan menambah kesaksamaan jantina adalah agenda reformasi yang penting.

Kak Wan (Wan Azizah) adalah tokoh penting dalam politik Malaysia, membawa PKR, gabungan pembangkang dan gerakan reformasi dalam suasanan yang sukar.

“Beliau juga timbalan perdana menteri wanita yang pertama. Pengalaman dan wawasannya sangat berharga dan tidak sepatutnya diketepikan ketika politik negara dalam keadaan seperti sekarang.

“Seorang lagi ialah Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Bersih dan nama terkemuka dalam kalangan aktivis hak asasi manusia di Malaysia. Kita perlukan lebih ramai aktivis di Dewan Rakyat,” kata kumpulan itu.

Beberapa sumber dalam sayap wanita parti itu bimbang ia akan menjejaskan kira-kira 50% penyandang wakil rakyat wanita. – 25 Oktober, 2022.

BETUL KE

RAMAI YB WANITA

DIGANTI DENGAN

CALON JANTAN ?

KAH KAH KAH

PASAI APA 

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

BEKAS PEMIMPIN

BERSIH PUN TAK

DAPAT KERUSI

KAH KAH KAH

AMIN

3 ulasan:

  1. Hahaha...

    Hadan Huker la...

    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. Eloklah tu tapi jangan pi letak jantan tua pulak. Letak muda2 sikit bagi balance sikit idea orang muda. Asyik pakai otak orang tua saja tu negara ni makin melingkup. Kalau umno letak org muda pun aku akan pangkah dia Dari org tua pkr

    BalasPadam
  3. kalaubetol2 hebat apa nak takot... tanding bebas la
    kah 54x

    BalasPadam