Ahad, 2 Oktober 2022

MENGUNDI DALAM BANJIR


Agong perlu ikut nasihat PM untuk bubar Dewan, kata pakar

YANG di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat Ismail Sabri Yaakob jika perdana menteri itu mahu membubarkan Parlimen segera, kata pakar perlembagaan Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Jelas Wan Ahmad, Ismail masih menguasai sokongan ahli Parlimen pada waktu ini dan mengaitkan perjanjian dengan pembangkang bagi mengekalkan kedudukan sebagai perdana menteri.

“Selagi PM masih belum hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan, (Agong) perlu bertindak mengikut nasihat PM untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Pengasas jurisprudens watan itu menangkis pandangan bahawa Agong wajar menolak usaha untuk membubarkan Dewan dan mengadakan pilihan raya umum ke-15.


Dalam kenyataannya, pengkaji Universiti Malaysia Pahang itu berkata, keadaan berbeza jika PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

“... Maka ketika ini PM tidak lagi boleh menasihati (Agong), sebaliknya PM hanya boleh membuat permintaan untuk membubarkan Parlimen,” kata Wan Ahmad.

Tambahnya, kuasa dan tanggungjawab menasihati Agong memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan itu terkandung dalam Perkara 55 sebagai ketua majlis Parlimen.

Seterusnya, Agong berkuasa memperkenan atau menolak nasihat tersebut berdasarkan dua keadaan itu tetapi baginda tetap perlu bertindak mengikut nasihat berkenaan, jelasnya lagi.

“... Tetapi akhirnya YDPA perlu bertindak mengikut nasihat PM kerana kedudukan itu termaktub dalam Perkara 55 yang perlu dibaca bersama dengan Perkara 40(1) dan (1A),” katanya.

Menurut Wan Ahmad lagi, kuasa Agong bawah Perkara 55 berbeza dengan prerogatif baginda bawah Perkara 150 untuk membuat proklamasi darurat.

“Pelaksanaan kuasa (Agong) di bawah Perkara 55 tidak terjumlah dalam keadaan (Agong) boleh menolak nasihat PM.

“Pertimbangan sama ada timbul kewajaran untuk membubarkan atau tidak membubarkan Parlimen menurut Perkara 55 terletak atas bahu PM sebagai ketua majlis Parlimen untuk menyampaikan nasihat dan PM perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas nasihatnya selepas merundingi (baginda).”

Beliau juga berpendapat, perjanjian Ismail dengan pembangkang dan keanggotaan jemaah menteri pelbagai parti hanya melibatkan pemimpin politik parti terlibat dan bukannya urusan baginda.

Jelasnya, baginda perlu bersifat berkecuali dan percaturan politik kepartian seperti itu dan hanya mengikut nasihat PM dalam pelantikan ahli jemaah menteri mengikut perlembagaan.

“Perlembagaan Persekutuan memelihara kedaulatan dan prerogatif (Agong), dalam pada masa yang sama memandu bagaimana kuasa dan bidang kuasa baginda dilaksanakan,” kata Wan Ahmad.

Pandangan serupa mengenai kuasa PM menasihati Agong untuk membubarkan Dewan itu turut disuarakan peguam Lim Wei Jiet dan New Sin Yew di pelantar Twitter.

Perjanjian Ismail dengan pembangkang merujuk memorandum persefahaman ditandatangani tahun lalu yang merangkumi akujanji untuk menggubal dan meminda undang-undang khusus.

Perjanjian itu bagi menjamin kestabilan politik selepas Ismail dilantik menjadi perdana menteri baharu selepas pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tumbang.

Ia merangkumi janji menggubal undang-undang menyekat lompat parti, pembiayaan parti politik, had umur mengundi 18 tahun dan melaksana transformasi pentadbiran kerajaan. – 2 Oktober, 2022.

 BERSEDIA

MENGUNDI DALAM

BANJIR

KAH KAH KAH

ZAHID AKAN

SELAMAT

AMIN

KHALAS

MAIL BERA

AKAN TINGGAL

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan