Ahad, 30 Oktober 2022

MI MEK NO POLOMIS !!!

 



Jangan keliru janji parti lawan, kata Ismail Sabri

PERDANA Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berharap pengundi tidak keliru dengan pelbagai janji parti lawan dalam manifesto yang akan diumum menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) .

Naib Presiden UMNO itu berkata sememangnya setiap kali pilihan raya, parti-parti yang bertanding akan menjanjikan pelbagai perkara hanya untuk meraih undi.

“Sekarang ini janji baharu, perdana menteri tak payah ambil gaji. Orang kampung bukan nak dengar ambil gaji ke tak ambil gaji. Orang kampung nak dengar apa yang boleh kerajaan buat untuk kepentingan orang kampung, bukan soal dia ada gaji atau tak ada gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Bera hari ini.

Sebaliknya, Ismail Sabri berkata apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2023 dikaji sedalam-dalamnya berdasarkan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

“Kalau bentang maknanya duit dah ada, bukan setakat janji kosong. Cuma tunggu masa untuk melaksanakannya, selepas kelulusan apabila ia dibentang semula,” katanya.

Ismail Sabri turut memberi jaminan segala apa dijanjikan di dalam bajet berkenaan akan dilaksanakannya sekiranya mendapat mandat semula sebagai perdana menteri.

Katanya sebelum ini kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan rakyat terutama ketika pandemik Covid-19 dan banjir besar.

Katanya sewaktu pandemik, tiada rumah yang tidak mendapat bakul makanan dan ketika banjir besar kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan terbesar dalam sejarah bagi membantu mangsa banjir.

“Ini yang dilakukan kerajaan. Kita tak mudah berjanji bulan bintang seperti orang lain. Tetapi dalam bajet, elaun…bayangkan di Bera ini ramai nelayan darat, waktu saya menteri pertanian dulu kita beri subsidi, kita bagi insentif bulanan RM250 sebulan kepada nelayan darat tetapi waktu Pakatan Harapan perintah, mereka potong.

“Tetapi kali ini kita (BN)...elaun sara hidup nelayan darat diperkenal semula dan bajetnya juga kita bentangkan dalam Parlimen,” katanya. – Bernama, 30 Oktober, 2022.

MI SPIK

NO INGLIS

KAH KAH KAH

MI NO

POLOMIS

KAH KAH KAH

WAT IS DE

BEKOS ?

KAH KAH KAH

AMIN

4 ulasan:

  1. Duit dah ada pala bana ko mael beraK?? Belanjawan defisit la dol bukan surplus.. Ni cakap2 mat tembok ke pe nih..

    BalasPadam
  2. Semua sama saja lah woit, semua janji suruh percaya, pelacur pun percaya, kangkang depan kangkang belakang, lepas pancut blah, blah apa mahu tunggu lagi, mereka nak kuasa, semua nak kuasa ITU saja matlamat engkau orang pun, bukan nak buat kebaikan, tetapi jaga periuk nasi jaga kedudukab, jaga harta rompakan semua sekali lah, ada satu manusia nama jebat derhaka, tengok video dia sedar sedar sikit Amin kah kah kah

    BalasPadam
  3. Kepala lancaw la. Kalau tengok tv sekarang ini macam2 propaganda yang keluar.....seolah2 kehidupan di Malaysia ini di alam yang indah permai serba mewah semua orang dapat bantuan. Sekor makcik bodo cakap syukur "sekarang harga ayam dah turun" pun ada.
    Nonok dia la...telor ayam pun PM blurberry hang tu tak mampu sediakan untuk rakyat...nak cakap benda yang lebih besar.
    Betul la bebal tu bukan satu dosa, tapi si bongok tak layak jadi menteri...

    BalasPadam
  4. Rakyat Malaysia tidak keliru, semua sudah tahu apa kerja orang politik siang malam, kacau bilau, pecah belah, buat onar supaya mereka menang dengan undi kaum, undi agama, undi simpati semua diatur supaya mereka menang, nak jawatan nak wang kena pegang jawatan kah kah kah, rakyat sudah tahu cakap orang politik tak boleh percaya, kah kah percaya rakyat terus dibodohkan disailang supaya mereka terus mencuri, merompak, komisen projek projek untuk kroni kaum keluarga kah kah

    BalasPadam