Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir Parlimen, kata peguam
JABATAN Penjara Malaysia telah menolak permintaan bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan bagi menghadiri Parlimen, kata peguam Mohamed Shafee Abdullah.
Beliau berkata ketua pengarah jabatan penjara telah menolak permohonan itu atas sebab keselamatan.
“Kami telah menulis surat kepada ketua pengarah penjara kira-kira 12 hari lepas dan mendapat jawapan empat hari kemudian yang mereka tidak akan benarkan Najib hadir persidangan atas alasan keselamatan.
“Ia (keputusan) tidak munasabah dan tidak rasional (untuk tidak membenarkan Najib hadir),” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Awal hari ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menghalang ahli Parlimen Pekan yang sedang dipenjarakan itu menghadiri Dewan Rakyat
Azhar berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan atau tidak membenarkan mana-mana ahli Parlimen daripada memasuki Dewan Rakyat.
Shafee berkata beliau telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berhubung perkara itu Jumaat lalu namun masih belum dapat jawapan.
“Kalau kami tidak terima jawapan, kami akan failkan semakan kehakiman esok selepas jam 12 tengah hari.
“Semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi adalah supaya beliau dapat menghadiri Parlimen. Alasan keselamatan bukan alasan yang bagus.
“Dalam keadaan biasa kami tidak tergesa-gesa, tetapi masa sudah singkat sebab Parlimen sedang bersidang.”
Beliau berkata semakan kehakiman itu dibuat supaya Speaker Dewan Rakyat mengiktiraf undang-undang yang Najib masih ahli Parlimen sehingga pengampunan atau semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan dilakukan.
“Beliau (Najib) masih dikekalkan sebagai ahli Parlimen berhubung rayuan (difailkan) atau melainkan jika ada pilihan raya umum.”
Shafee juga berkata langkah keselamatan boleh diambil jika Najib menghadiri Parlimen.
“Jika beliau boleh ada di mahkamah terbuka dan di hospital maka tiada isu keselamatan.
“Mereka (Jabatan Penjara) boleh ambil langkah keselamatan. Bekerjasama dengan Parlimen bagaimana perkara itu boleh dilaksanakan.”
Beliau juga berkata Najib sepatutnya mendapat akses kepada pembantu politiknya kerana beliau masih ahli Parlimen Pekan.
“Pembantu itu sepatutnya dibenarkan berjumpa Najib untuk terima arahan bagaimana untuk berkhidmat kepada pengundinya.
“Juga sekali-sekala beliau (Najib) harus diiringi ke kawasannya untuk mendengar rintihan rakyat dan menghulurkan bantuan.
“Saya tidak katakan yang beliau patut dapat semua keistimewaan yang diperoleh oleh ahli Parlimen tetapi beliau harus dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen.
“Jika beliau ahli parlimen, layanlah beliau sebagai ahli parlimen.” – 3 Oktober, 2022.
alahai, apa susahnya. nak balik pekan melawat kawasannya atau nak berdebat d parlimen atau nakkan cipapp bini mudanya, benarkan sj. syarat utama yg mesti d patuhi ialah pakai uniform banduan n tangan d gari. nak malu apa bosskurr
BalasPadamdah kenapa la pegemuam eee sekor nie... otak dia sakit ke, mmg dia nak try bg org betambah benci... banduan mana lg tempatny oiii... tak di lokap, ke mahkamah.. klu sakit bawak gi hospital pakai gari... sekolah law mana la ko masuk nie... mamat tu gari pun tak penah lekat, pakai baju oren pun tak... sarung la sekali, boleh kami layan dgn tt buat modal menganjing...
BalasPadamTT, jika Najib dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen, bolehkah dikira Najib membuat rekod dunia terbaharu BANDUAN hadir semasa sidang parliment , bagus juga jika dia hadir boleh dia cadangkan kera jaan bina khas untuk dia penjara terbuka diPEKAN agar dia dapat menemui pengundinya, mendegar tangisan pengundi yang merintih dan bersedih kerana YB mereka dizalimi dan dipenjarakan
BalasPadamkalau dah memang tak rasa malu kepada rakyat Malaysia ni malulah sikit kepada negara-negara lain di dunia ni....nak jadi apa najib escobar?
BalasPadamAda kebenarannya dari segi keselamatan, takut di culik oleh isteri muda Najib.
BalasPadam