Jumaat, 28 Oktober 2022

PENGUNDI DILUAR NEGARA - SAMA SAMA LAWAN PENCURI


Agong titah agar rakyat Malaysia menetap di Singapura tunai tanggungjawab mengundi


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia yang menetap di Singapura menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

“Saya ingin mengingatkan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan untuk mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang walaupun (tinggal) jauh sikit tetapi hati mesti tetap menunaikan tanggungjawab yang lebih berhak sebagai pengundi,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La, di Singapura malam ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis santapan itu yang turut disertai anakanda Seri Paduka Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian untuk pengundi Malaysia melaksanakan tanggungjawab pada PRU15.

Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 10 Oktober untuk pilihan raya umum berkenaan dan bagi permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (Agensi/Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, polis, tentera, dan petugas media); 23 Oktober bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 26 Oktober bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dan telah saling membantu antara satu sama lain daripada pelbagai aspek ketika kedua-dua negara berdepan pandemik Covid-19.

Turut hadir dalam majlis santapan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin selaku Pegawai Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Isham Ishak dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri kini dalam rangka lawatan negara ke Singapura selama empat hari yang berakhir esok.

Lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas.– Bernama, 27 Oktober, 2022.

SATUKAN

SELURUH TENAGA

HALANG PENCURI

KEMBALI 

BERKUASA

AMIN

PULANG MENGUNDI

WALAU DIMANA

BERADA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan