Jumaat, 21 Oktober 2022

SIVARASA - PEGUAM PENYOKONG ANWAR


Ismail Sabri tidak bertanggungjawab persoal pengampunan Anwar, kata peguam


PERDANA Menteri Sementara Ismail Sabri Yaakob tidak bertanggungjawab apabila mempersoalkan keabsahan pengampunan diraja ke atas Anwar Ibrahim pada Mei 2018, sedangkan perkara itu sudah diputuskan oleh mahkamah, kata Pengerusi Biro Guaman PKR Sivarasa Rasiah.

Peguam kanan itu berkata Ismail Sabri tidak bertanggungjawab kerana membangkitkan semula perkara itu “secara dusta dan salah”, seolah-olah mahkamah tidak pernah mengadilinya isu tersebut sebelum ini.

“Kenyataan ini salah dan tidak bertanggungjawab dan mesti ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam satu ucapan di Bagan Datuk awal minggu ini, Ismail Sabri memberi tiga alasan mendakwa pengampunan itu tidak sah.

Pertama, ia dibuat selepas PH menang Pilihan Raya Umum-14 dan berkuasa; kedua, pada masa itu tiada peguam negara dalam Lembaga Pengampunan kerana Mohamed Apandi Ali sudah dipecat; dan ketiga, Menteri Wilayah Persekutuan juga belum dilantik dan tiada dalam lembaga sama.

“Perdana Menteri Sementara wajib menyemak fakta dahulu,” kata Sivarasa. 

Beliau mengingatkan bahawa Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2020 dan Mahkamah Rayuan pada 21 September 2021 sudah memutuskan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ismail Sabri dalam ucapannya itu.

Katanya, pengampunan diberikan bukan kerana PH jadi kerajaan tetapi kerana Anwar sudah menjalani lebih 90 peratus tempoh hukuman penjara ke atasnya.

Apandi juga bukan dipecat tetapi sedang bercuti dan kuasa-kuasanya diturunkan kepada Peguamcara Negara Zauyah Loth Khan pada masa itu.

Sementara, Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri menjalankan kuasa semua menteri ketika anggota Jemaah Menterinya belum lagi dilantik.

“Amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang Perdana Menteri Sementara untuk membangkitkan isu ini secara dusta dan salah, seolah-olah mahkamah tidak pernah memutuskan isu tersebut sebelum ini,” katanya.

Anwar pada masa itu menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. – 21 Oktober, 2022.

SIVARASA

 PEGUAM

ANWAR IBRAHIM

AMIN

SIVARASA 

PENYOKONG

TEGAR ANWAR

AMIN

PENYOKONG SETIA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

PEGUAM BELA

 SEMUA

KES LIWAT ANWAR

AMIN

KITA LIHAT APA

BALASAN DARI

ANWAR

AMIN

APAKAH SIVARASA

AKAN DI GUGUR

ATAU DIBERI

WATIKAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan