Ahad, 16 Oktober 2022

TUGAS MAIL BERA BELUM SELESAI


Tiada arahan Umno bahagian sokong Ismail Sabri sebagai PM, kata Mahdzir

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana bahagian untuk membuat usul dalam mesyuarat perwakilan masing-masing bagi menyokong Naib Presiden, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri ke-10 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid berkata sebaliknya kebanyakan Umno bahagian yang bermesyuarat pada Jumaat, semalam dan hari ini mengemukakan serta meluluskan usul berkaitan perkara itu atas inisiatif masing-masing.

“Tak ada arahan, itu terpulang kepada Umno bahagian masing-masinglah. So, semalam kebanyakan Umno bahagian membuat persidangan dan membuat beberapa usul.

“Salah satu usul adalah supaya Ismail Sabri Yaakob menjadi ‘poster boy’ (untuk PRU15) dan calon perdana menteri selepas pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang kali ke-21, hari ini.

Beliau berkata keputusan kebanyakan Umno bahagian itu juga selari dengan ketetapan dibuat MT Umno sebelum ini untuk menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ BN bagi PRU15 dan calon Perdana Menteri sekiranya BN menang pilihan raya itu. 

Ditanya sama ada keputusan sebahagian besar Umno bahagian itu akan menimbulkan ‘konflik’ tertentu dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mahdzir menyangkal andaian itu memandangkan Ahmad Zahid sendiri turut menyokong Ismail Sabri.

“Tak timbul konflik dengan presiden, presiden sendiri bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai perdana menteri selepas PRU15,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sasaran menang kerusi Parlimen di Kedah, Mahdzir berkata BN berkeyakinan memperoleh lebih daripada dua dimiliki ketika ini.

Untuk rekod, Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dengan tujuh kerusi dimiliki PH, PAS (3), Pejuang (3) dan BN (2). – Bernama, 16 Oktober, 2022.

TUGAS 

MAIL BERA

BELUM SELESAI

AMIN

JADI PM

SEKALI LAGI

MAIL BERA AKAN

MASUKKAN ZAHID

KE DALAM PENJARA

AMIN

SATU DUNIA

NAK TENGOK

ZAHID MASUK JIL

AMIN 

HANYA  MAIL BERA 

YANG BOLEH

 LAKUKAN TUGAS INI

KHALAS

1 ulasan:

  1. Ramai sangat calon ingin jawatan PM ini, bukan seekor dua entah berpuluh top five nak jugak bila lagi nak buat duit, kah kah kah, manusia begini lah sentiasa rakus nafsu kuat amin kah kah

    BalasPadam