Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok, kata sumber
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seperti dilaporkan akhbar The New Straits Times.
Tidak ramai wakil akhbar berada di Istana Negara kerana sebahagian besarnya menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan perdana menteri bertemu Agong bagi mendapat perkenannya untuk membubarkan Parlimen.
“Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok,” kata sumber.
Kalu mael blur boleh jd PM sape2 pun boleh
BalasPadam