Lawan BN tak habis-habis tabur fitnah, kata Zahid
SURAT akujanji yang kononnya perlu ditandatangani calon Umno, yang kini tersebar di media sosial adalah tindakan merapu lawan politiknya, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas surat akujanji yang ditandatangani penyandang kerusi Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah bagi menyokongnya menjadi perdana menteri kesepuluh, Zahid menyifatkannya fitnah dan tipu daya yang digunakan lawan sebagai kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Semasa BN (Barisan Nasional) berusaha mengajak rakyat untuk bersama memulihkan negara pada PRU15, lawan BN tidak habis-habis menabur fitnah dan tipu daya sebagai bahan ‘kempen’.
“BN berusaha menyatakan kebenaran, mereka pula gigih menyebarkan ‘surat aku janji’ palsu yang kononnya perlu ditandatangani oleh calon Umno.
“Mereka fikir BN macam mereka agaknya, sejurus menang PRU14 dan jadi kerajaan terus menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin mereka,” tulis Zahid yang juga pengerusi BN di Facebook.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan secara khusus mana-mana parti.
Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata lawan BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri, sambil menggesa taktik sebegini dihentikan.
“Dulu mungkin mudah untuk mereka membohongi dan memperdaya rakyat dengan taktik sebegini.
“Hari ini rakyat Malaysia adalah masyarakat yang rasional dan mudah memahami antara kebenaran dan kebatilan. Tidak sukar mereka `membaca’ pembohongan itu.
“Fitnah terbaru lawan BN ini menjadi bukti jelas lagi kukuh mengapa rakyat perlu menolak mereka dan pastikan mereka ini tidak menang apatah menjadi kerajaan semula,” katanya.
Selain Shamsul Anuar, calon BN di Sungai Buloh Khairy Jamaluddin juga didakwa menandatangani akujanji dengan kepala surat Umno yang tersebar sejak beberapa hari lalu.
Fitnah terbaru ini katanya menjadi bukti jelas mengapa rakyat perlu menolak mereka dan pastikan mereka ini tidak menang apatah menjadi kerajaan semula.
Khairy juga menegaskan beliau menyokong Ismail Sabri Yaakob calon perdana menteri kesepuluh. – 3 November, 2022.
Bukan semua fitnah, ada kala fitnah dicipta sendiri supaya menipu orang, sendiri buat kerja, kemudian jerit jerit macam kena fitnah kah kah kah ini cara politik lama, cara operasi mereka, kacau ganggu gaduh tapi kena ingat siapa dapat Cui Bono ? Strategi think thank begitu ramai siang malam fikir cara menang, bagaimana nak tipu, semua jadi modal kajian kah kah kah peng anal kerja siang malam supaya cari makan, ini masa buat duit, RM jatuh riba siapa tak mahu, Tok Haji pun lepas lepas mahu jugak, gigi sengih siap sampai telinga woit, kalau tak tipu bukan politik kah kah kah nasib baik ada juga orang cerdik sekarang macam 3.8 pointer kah kah
BalasPadam