Isnin, 21 November 2022

ANWAR ADO NUMBO



Anwar yakin bentuk kerajaan, nafi jumpa Zahid


PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya PH mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan menerusi gabungan dengan parti lain.

Presiden PKR itu berkata, sekiranya persefahaman bersama parti yang akan bersama PH dicapai, perkara itu kemudiannya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

“Saya masih tegaskan pendirian saya kita sudah punyai majoriti dan mendapat sokongan dan saya yakin kita akan diberikan peluang untuk mentadbir negara.

“Perubahan parti dan kestabilan negara, menyelamatkan dari unsur-unsur negatif bagi memulihkan negara, itu adalah tugas bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan kediamannya di Sungai Long, Kajang malam ini.

Bagaimanapun, Anwar enggan mendedahkan parti mana yang akan menyokong PH bagi membentuk kerajaan dan membiarkan parti itu mengumumkan sendiri dalam masa terdekat.

“Sejak semalam lagi kita dah cukup (majoriti), biar parti berkenaan mengumumkan dengan siapa mereka akan bergabung dalam masa terdekat ini sama ada malam ini ataupun esok,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus beliau akan bertemu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi malam ini bagi membuat rundingan gabungan membentuk kerajaan, Anwar menafikan khabar angin itu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, PH berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, BN (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Parti Warisan (3) dan masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Parti Bangsa Malaysia selain dua calon Bebas. – Bernama, 20 November, 2022.


ANWAR KLIM

DIO ADO

NUMBO

AMIN

KALAU BOTO

MAKO ANWAR

AKAN JADI PM

KE SEPULOH

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan