Anwar elak kritik Zahid ketika berkempen di Bagan Datuk
Anwar Ibrahim kelihatan menyelar setiap musuh politiknya dalam satu pentas ceramahnya di Bagan Datuk, daripada Muhyiddin Yassin hingga Dr Mahathir Mohamad ketika baki kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Namun ada satu nama yang terlepas daripada ucapan presiden PKR yang berapi-api itu.
Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno yang bakal mempertahankan kerusinya di Bagan Datuk.
Anwar lebih berminat menyelar apa yang disifatkan ketirisan semasa pentadbiran Muhyiddin semasa pandemik melanda dunia pada 2020, namun tidak sekalipun menyentuh kes rasuah membabitkan Zahid.
Anwar yang bertanding di Tambun turut cuba meredakan spekulasi persefahaman sulit yang disebut-sebut antara beliau dan presiden Umno itu.
"Kita hantar panglima (Shamsul Iskandar) untuk lawan Zahid. Orang kata Anwar ada rundingan dengan anak muridnya. Saya kawan semua, tiada musuh peribadi.
"Najib Razak masukkan saya dalam penjara saya tak ungkit, cuma nasib dia kurang baik dia masuk (penjara). Karma." katanya ketika berkempen di kubu kuat Zahid hari ini.
Calon PH, Shamsul Iskandar ditugaskan merampas kerusi Zahid di Bagan Datuk.
Zahid, yang baru-baru ini dilepaskan dan dibebaskan berhubung pertuduhan rasuah visa luar negara, namun masih berdepan 47 pertuduhan membabitkan salah guna wang Yayasan Akalbudi.
Intonasinya lebih garang ketika menyelar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Sambil membangkitkan semangat penyokong, beliau berulang kali memanggil Razman sebagai bodoh.
Razman sebelum ini mendakwa Anwar akan menghalalkan perkahwinan sejenis sementara DAP akan membawa agenda komunis sekiranya menang pada PRU15.
Abdul Hadi Awang, presiden PAS tidak terlepas daripada mulut Anwar.
Bekas sekutunya itu disifatkan Anwar sebagai penunggang agama.
"Saya berkempen dengan Nik Omar. Dia beritahu ayahnya (Nik Aziz) tidak putus mendoakan saya jadi perdana menteri.
“Yusuf Qardhawi, ulama nombor satu dunia, bos Hadi sokong Anwar jadi perdana menteri," katanya.
Ni bang sham rais, kami orang muda ni malas nak dengar pun kau kutuk aku, aku kutuk kau. Yang kami nak dengar apa yang kau nak buat untuk negara ni. Tak kisahlah kau tu BN ke PN ke Pas ke atau Pejuang sekalipun. Bab kutuk mengutuk ni makcik pakcik kampung suka lah, tapi kami ni pun warganegara jugak kan?
BalasPadamUmur aku 22. Aku dengan kawan2 belajar pergi 4 ceramah dah.tiga kutuk merata. Satu saja sembang pasal dasar. Teka parti apa? DAP! Dan aku takkan ragu ragu untuk bagi undi aku dekat DAP walaupun bukan bangsa aku. Sekian.
Dunt worry TT,gua ngundi kt tambun,gua petugas pejuang.melalui pemerhatian gua,Anwar kompem bungkuih,smlm dia buat event 'tambun berselawat' kat manjoi siap bwk awie adflin shauki.org manjoi x dtg,yg dtg majlis selawat dia macha2 buntong.drp majlis selawat,kene tukor jadik konsert rock awie utk menghiburkan macha2 yg dtg Anwar bwk artis pun x laku,awie pun jadik x laku.kahkahakah kami akan kalahkan dia,pengundi pagoh pun kene bagi abah sembab kalah Zahid susah sbb org Bagan datuk bongok2. Anwar in 'safe hand'. Ini Pekan Orang Hensem IPOH Darul hipster bukan Pekan budak jambu.
BalasPadam