Selasa, 22 November 2022

BELUM ADA KEPURTUSAN SAPA PM



Belum ada keputusan siapa PM, kata Anwar


BELUM ada keputusan lagi siapa perdana menteri yang akan dilantik dan tiada sebarang tempoh akhir ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15, kata Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu pemberita sebaik keluar dari Istana Negara, petang ini.

“Setakat ini tiada apa-apa keputusan,” katanya.

“Sekarang ini ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” tambahnya, menjawab soalan pemberita yang bertanya mengenai kedudukan jawatan perdana menteri.

Setakat ini, Ismail Sabri Yaakob masih perdana menteri sementara, yang memegang jawatan sehingga perdana menteri baharu dilantik selepas pilihan raya umum Sabtu lalu.

Anwar selaku pengerusi Pakatan Harapan petang tadi dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4.30 petang di Istana Negara, bersama pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Mereka tiba di Istana Negara tidak berselang lebih kurang pukul 4.05 petang. Muhyiddin meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira sejam kemudian sementara Anwar keluar untuk mengadakan sidang media pada 5.50 petang.

Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata Yang di-Pertuan menyampaikan pandangan tentang perlunya kesepakatan dan kerjasama semua pihak untuk membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

Kerajaan kukuh itu diperlukan bagi memberi tumpuan kepada usaha menjaga kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi, katanya.

Kerajaan itu juga mesti bersifat inklusif dan mewakili semua pihak, kaum, dan wilayah.

“Kita berilah masa sedikit kepada kami dan juga tentunya kepada Duli Yang Mulia Tuanku untuk beri pertimbangan dan kebijaksanaan memutuskan dengan muktamad,” katanya. – 22 November, 2022.


DAH MASUK

HARI KE TIGA

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan