Rabu, 16 November 2022

BERITA BAIK BERITA BURUK




Umno akan tidak stabil, kata Wan Saiful

UMNO akan bergolak hebat setelah pilihan raya umum Sabtu ini selesai, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, selepas Khairy Jamaluddin secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Ismail Sabri Yaakob untuk jadi presiden partinya.

Pergolakan berkait dengan pemilihan Umno, yang perlu diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum, akan menyebabkan Umno tidak stabil.

“Parti yang tidak stabil tidak akan dapat membawa kestabilan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Umno yang tidak stabil tidak akan dapat membangunkan ekonomi, menarik pelaburan atau mencipta peluang pekerjaan, tambahnya.

“Pemimpin Umno akan sibuk berebut jawatan, harta dan kuasa. Mereka tidak akan ada masa untuk menjaga rakyat.

“Itulah Umno. Parti yang tidak stabil, dan tidak akan dapat bawa kestabilan yang diingini oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Wan Saiful mengulas sokongan Khairy kepada Ismail Sabri untuk jadi presiden Umno, yang disuarakannya semasa diwawancara stesen radio BFM hari ini.

Khairy juga membayangkan gandingan pasukan “yang sealiran fikiran” dengan Ismail Sabri untuk menyelamatkan Umno iaitu Hishammuddin Hussein, Shahril Sufian Hamdan, Khairul Azwan Harun, dan beliau sendiri.

“Dengan pengisytiharan gandingan mereka, saya jangka Umno akan bergolak hebat selepas PRU15 kerana mereka akan terpaksa mengadakan pemilihan parti dalam masa enam bulan selepas PRU15,” katanya.

Hishammuddin pernah jadi naib presiden Umno, Shahril kini ketua penerangan parti sementara Khairul Azwan bekas naib ketua pemuda Umno semasa Khairy mengetuai sayap itu.

Khairy yang bertanding kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15 ini berkempen dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin masa depan untuk Malaysia.

Beliau mengumumkan hasrat suatu hari mahu jadi perdana menteri serta mengetuai Umno untuk menjadikannya sebuah parti yang bersih.

Khairy mengumumkan Ismail Sabri calon presiden Umno sehari selepas perdana menteri sementara berkempen untuknya di Sungai Buloh.

Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas PRU15 dengan meminda perlembagaannya awal tahun ini. Pemilihan itu sepatutnya diadakan selepas Jun 2021.

Semalam Setiausaha Agong Umno Ahmad Maslan menegur calon Umno yang bertanding bagi Barisan Nasional yang berkempen pemilihan parti semasa kempen pilihan raya. – 15 November, 2022.


WOIT

GERMBOLAN

AKAN GADUH

LEPAS PRU

KHALAS

INI BERITA BAIK

JUGA 

BERITA BURUK

AMIN

BAIK KERANA

RAKYAT SUKA

GEROMBOLAN

HANCUR

AMIN

BURUK KERANA

GEROMBOLAN

BILA GADUH AKAN

MAIN ISU KAUM

AMIN

AKAN NAIKKAN

API BENCI CINA

API BENCI INDIA

API BENCI 

ORANG ASING

AMIN

KALAU BENCI

CHINA MERAH

KITA SOKONG

TAPI BENCI

CINA MALAYSIA

BAWA BAHAYA

KHALAS

1 ulasan:

  1. BN PN PAS adalah khemah besar. kerajaan perpaduan, UG goverment..zahid akan jd PM. wak jawa dah manterakan seluruh isi bangsa malaysia agar susuk jawa ni mjd PM ..

    BalasPadam