Ahad, 6 November 2022

BN - ITIK TEMPANG


BN masuk gelanggang PRU15 dengan langkah tempang

BARISAN calon BN yang kini sah bertanding menggambarkan parti itu memasuki gelanggang kempen PRU15 dengan memikul beban perpecahan dan ketidakstabilan.

Senarai calonnya tidak merangsang kepercayaan pengundi ke atas Ismail Sabri Yaakob, perdana menteri BN yang diumumkan parti itu sebagai calon jawatan tersebut untuk penggal akan datang.

Hinggakan, Ismail terpaksa menegaskan beliau masih lagi calon untuk jawatan itu, sebaik proses penamaan calon berakhir semalam.

Ia menggambarkan pergelutan kuasa dalam Umno yang masih berlarutan selepas Ismail menurut tekanan presidennya Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen bulan lalu.

Penyandang kerusi BN dari kluster mahkamah yang menghadapi pendakwaan dan menjalani perbicaraan tetap kekal sebagai calon.

Ramai ahli Parlimen BN yang dilantik ke kabinet sejak Ismail menjadi perdana menteri pada Ogos tahun lalu pula sah tidak berpeluang bertanding lagi kali ini.

Semua ini berlaku sewaktu kepercayaan pengundi Melayu terhadap parti yang sudahpun kalah teruk penggal lalu semakin merosot di ambang PRU15, menurut tinjauan Merdeka Center.

Senarai calon yang sah bertanding hari ini membayangkan kem Zahid Hamidi akan menguasai menu pilihan sebagai anggota kabinet baharu, seandainya parti itu menang PRU, 19 November ini.

Lebih karut, pemimpin kepercayaan Ismail yang gugur ini seperti Zahidi Zainul Abidin dan Shahidan Kassim sama ada jadi calon Bebas atau dipungut parti lawan untuk menentang BN.

Zahidi yang merupakan penyandang kerusi Padang Besar sah bertanding kerusi itu atas tiket Bebas, menentang Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan dan tiga calon lain.

Tidak cukup dengan kerusi parlimen, timbalan menteri komunikasi itu juga bertanding kerusi DUN Titi Tinggi, juga atas tiket Bebas.

Shahidan yang merupakan menteri wilayah persekutuan pula sah bertanding di Arau untuk penggal keempat atas tiket PN bagi melawan calon BN, Rozabil Abd Rahman.

Shahidan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket PN selepas digugurkan Ahmad Zahid daripada mewakili BN lagi pada PRU15 kali ini. – Gambar Facebook Shahidan Kassim, 6 November, 2022.
Shahidan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket PN selepas digugurkan Ahmad Zahid daripada mewakili BN lagi pada PRU15 kali ini. – Gambar Facebook Shahidan Kassim, 6 November, 2022.
Seorang lagi, timbalan menteri perumahan Ismail Abd Muttalib juga ikut perangai Shahidan. Beliau sah bertanding mempertahankan kerusi Maran sebagai calon PN selepas gagal jadi calon BN.

Ismail menentang anak buah dari BN Shahaniza Shamsuddin, Ahmad Shuhor (PH) dan Muhamad Hafiz Al-Hafiz (Bebas).

Di Kelantan, BN dapat menarik nafas lega sedikit kerana menteri komunikasi Annuar Musa yang mahu mempertahankan kerusi Ketereh tidak jadi bertanding selepas digugurkan.

Tindak-tanduknya jadi perhatian kerana beliau bukan sahaja sering berlaga dengan Zahid malah berkuasa menyebar luas pendirian bertentangan dengan presiden parti melalui organ rasmi kerajaan.

Beberapa hari lalu, beliau dilaporkan sedia hantar borang pencalonan atas tiket parti baharu, Muafakat Nasional yang didaftarkannya senyap-senyap selepas digugurkan dari senarai calon BN.

Tanpa penyertaan Annuar, calon BN Marzuani Ardila Ariffin sedikit lega berdepan Rahimi Muhamud (PH), Mejar (B) Khlir Mohd Noor (PN) dan Haneef Ibrahim (Putra).

Di Tanjung Karang, Selangor, menteri pembangunan usahawan Noh Omar tidak mendapat kepercayaan BN untuk mempertahankan kerusinya itu.

Calon baharu, ketua Umno kawasan tersebut Habibah Mohd Yusof bertanding menentang Dr Zulkafperi Hanapi dari PN, Rahayu Baharin dari Muda dan aktivis Azlan Zawawi dari Pejuang.

Turut mengelirukan pengundi, tindakan BN memungut calon digugurkan PAS – Khairuddin Aman Razali dan Che Abdullah Mat Nawi, yang merupakan bekas anggota kabinet PN.

Khairuddin menggondol pelbagai kontroversi sewaktu menjadi menteri perladangan komoditi, antaranya kerana melanggar ketetapan kawalan pergerakan sewaktu pandemik Covid-19.

Beliau digugurkan dalam rombakan kabinet Ismail tahun lalu dan sejak itu hilang jawatan dalam PAS sebelum bertindak keluar parti.

Khairuddin sah bertanding atas tiket BN bagi menentang exco Terengganu yang juga pemimpin veteran negeri Alias Razak dari PAS serta calon PH Suhaimi Hashim bagi kerusi Kuala Nerus.

Beliau juga berdepan calon Bebas Azaha Wahid bagi mempertahankan kerusi disandangnya itu.

Penyandang kerusi Tumpat, Che Abdullah pula meraih kontroversi kerana perkahwinannya yang dijalankan secara dalam talian sewaktu kawalan pergerakan berkuatkuasa seluruh negara.

Beliau turut digugurkan dalam rombakan tahun lalu dan hari ini sah menjadi calon BN untuk bertanding kerusi Tumpat selepas tidak tersenarai sebagai calon PAS.

Che Abdullah kini bertanding menentang parti lamanya PAS yang diwakili Mumtaz Mat Nawi, Wan Johari Wan Omar (PH), Khairul Azuan (Warisan) dan Asri Ali (Putra).

Khairy Jamaluddin kini terpelanting ke kerusi Sungai Buloh yang disambut dengan keluhan oleh penyandang kerusi Rembau itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 November, 2022.
Khairy Jamaluddin kini terpelanting ke kerusi Sungai Buloh yang disambut dengan keluhan oleh penyandang kerusi Rembau itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 November, 2022.
Bagi memenuhi selera pengundi baharu, BN nampaknya mengekalkan calon yang popular di kalangan segmen tersebut seperti menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, Khairy kini terpelanting ke kerusi Sungai Buloh, yang disambut dengan keluhan oleh penyandang kerusi Rembau itu.

Kerusi Rembau pula sah ditandingi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang dijangka sebagai persediaan bagi bekas menteri besar itu menjadi calon perdana menteri kesepuluh.

Selain Zahida Zarik, BN turut mempertaruhkan beberapa calon muda dari Umno seperti Shahril Hamdan (Alor Gajah), Isham Jalil (Shah Alam) dan Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik).

Namun ia masih membiarkan penyandang seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah 12 penggal di kerusi Gua Musang untuk menjadi pilihan pengundi baharu.

Penyandang kerusi Pekan pula, bekas perdana menteri Najib Razak sudah dipenjarakan, namun BN masih tidak mampu mendabik dada sebagai parti yang bebas rasuah dan salah laku.

Sehingga ke saat akhir sebelum dihumban ke penjara, Najib masih dijulang pemimpin BN sebagai pemimpin yang suci. 

Pengundi masih melihat pemimpin BN menyokong tindakan Najib dan masih ingat kenyataan-kenyataan yang mempertahan skandal Najib.

Mengapa tidak, ramai dari kalangan mereka menikmati kuasa sewaktu menjadi menteri dalam kabinet Najib, termasuk pengerusinya Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Zahid sah bertanding mempertahankan kerusi Bagan Datuk menentang Shamsul Iskandar Md Akin (PH), Faiz Na’aman (PN) dan Tawfik Ismail (Bebas).

Kesemua beban serta skandal pentadbiran beliau dan Najib akan menjadi modal kempen setiap lawannya yang mahu menjadi ‘giant killer’ di Bagan Datuk. – 6 November, 2022.


INI AMAT BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

PAS KATA  INI

ITIK TEMPANG

KAH KAH KAH

PELACUR  DATANG

BERI UBAT

KAH KAH KAH

TAPI UBAT

TAK ABIS MAKAN

SUDAH LARI

DARI OSPITAL

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. bukan itik tempang tapi itik foie grass..disudukan terus rasuah masuk ke rongga tekak tanpa mengotorkan bulu2 putih persis jubah dari mekah..ilmu hukum hakam hanya la hafalan agar beliau dilihat wow dan setara nabi dan para wali..jauh pangang dari api..semoga mereka diambil tuhan langit dan bumi..semoga kebenaran dihilangkan dari mata batin agar mereka terus buta dan ketagih akan rasuah dan fitnah ..agar mereka berasa kenyang dgn memakan najis manusia yg difitnah dan menghilangkan dahaga dgn kencing dari org2 yg difitnah..nak tgk mereka buta? senang je..dgn ilmu quran dan hadis ,mrk gagal melihat cahaya kebenaran..ketika buta, maka tuhan pun tiada.yg ada cuma sebujur tubuh yg tiada erti..

    BalasPadam