Rabu, 9 November 2022

BUKAN SUMPAH TAJUDDIN



Masalah 'tidak pernah berlaku' punca stesen LRT ditutup, kata Prasarana

ENAM belas stesen LRT terpaksa ditutup berikutan kerosakan yang dikesan dalam sistem kawalan kereta api automatik (ATC) Sabtu lepas, kata Prasarana Malaysia Berhad hari ini.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kerosakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata jurutera mereka sedang meneliti perkara itu dan setakat ini tidak dapat mengenal pasti punca gangguan itu.

“Kami memutuskan bahawa tindakan terbaik adalah menghentikan sementara perkhidmatan kereta api demi keselamatan penumpang.

“Kami masih cuba mengenal pasti punca sebenar gangguan itu. Pasukan RapidKL kini dibantu oleh pakar pengeluar peralatan asal untuk mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 73 bas pengantara telah digunakan ke lima laluan berbeza di sepanjang laluan Kelana Jaya untuk membawa penumpang ke destinasi mereka sebagai penyelesaian sementara, dan lebih banyak lagi akan ditambah kemudian. – 9 November, 2022.

INI BUKAN

SUMPAH TAJUDIN

KERANA DIBUANG

DARI PRASARANA

KAH KAH KAH

INI MASALAH

TEKNIKAL YG

PASTI KITA

HADAPI

AMIN

INJIN APA PUN

CANGGIHNYA

PASTI AKAN ROSAK

SATU KETIKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan