Kemenangan sudah ada tapi pengadil tambah masa kecederaan – Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Nukilan Presiden Pas, Hadi Awang mengenai kemenangan dan masa kecederaan menarik minat pelbagai pihak.
Abdul Hadi dalam tulisan yang disiarkan oleh Harakah menyorot tentang perlawanan bola sepak di pelbagai perintah termasuk Piala Dunia yang menurut beliau ditetapkan pelbagai peraturan.
Ahli Parlimen Marang itu mengambil contoh salah satu peraturan iaitu ketetapan masa tambahan disebabkan berlaku kecederaan atau apabila kedua-dua belah pihak masing-masing seri.
“Masa kecederaan akan ditambah apabila benar-benar berlaku kecederaan, kerana ingin menguruskan pihak yang tercedera untuk mendapat rawatan segera atau yang tercedera itu dikeluarkan daripada padang.
“Pemain yang dikeluarkan itu, sama ada digantikan pemainnya atau tidak adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan dihormati oleh semua pihak.
“Masa permainan juga akan ditambah apabila tiada keputusan kerana seri, kosong-kosong atau sama banyak bilangan golnya. Masa itu ditambah dengan kadar yang sepatutnya dan munasabah atau diulang perlawanannya mengikut tempoh yang ditetapkan dan berdasarkan peraturan yang sama,” katanya.
Beliau kemudian mempersoalkan bagaimana pula jika pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan?
“Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya, tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil.
“Apakah yang diperkatakan oleh penonton yang menyaksikan secara langsung atau tayangan daripada jauh? “ katanya.
Abdul Hadi berkata, Islam mewajibkan umatnya agar berlaku adil dalam semua perkara, daripada dalam satu keluarga sehinggalah dalam satu masyarakat dan negara dalam semua perkara, termasuklah dalam pertandingan sukan.
Dalam Pilhan Raya Umum ke-15, Perikatan Nasional yang turut dianggotai Pas memenangi 73 kerusi parlimen. –
Dalam sejarah bola sepak, dr pra sejarah,zaman purba ke zaman moden, belum pernah lagi pengadil tambah masa padahal sudah ada pasukan menang....tidak pernah berlaku,jadi mungkin keadaan yg disebut hadi awang itu adalah ketika dunia belum ada manusia
BalasPadamwaghihhh... nak datang alor setar tak ni... teh tarik weiiiisembang2...
BalasPadamkito sembang2
tapi den tak la figura bosa macam kauuu
takdo sapo2 kona..
kalau datang cakap yoo..