Isnin, 14 November 2022

KERJA SAMA DENGAN ANWAR TOK MAT TAK SETUJU



Zahid tak boleh buat keputusan sendiri tubuh kerajaan dengan Anwar, kata Tok Mat


Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan.

"Sudah tentu dia kena berunding dengan saya dahulu," kata Mohamad pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.  

Ketika ditanya pemberita mengenai prospek untuk BN bekerjasama dengan PH sekiranya BN tidak mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan Mohamad berkata: "Kenapa sebut PH, (sedangkan) banyak lagi parti-parti lain? Tunggulah malam 19 November, segalanya mungkin."

Kerjasama BN dan PH sering disebut-sebut sepanjang kempen PRU ini apabila Presiden PKR, Anwar Ibrahim lebih banyak menumpukan serangannya terhadap Perikatan Nasional (PN) berbanding BN.

Selain itu, pengerusi BN itu juga berulang kali menyatakan kesediaan BN membentuk kerjasama dengan mana-mana parti selepas PRU15.

Pada sidang media hari ini Mohamad bagaimanapun melahirkan keyakinan BN mampu memenangi lebih 112 kerusi Parlimen yang diperlukan bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

"Malaysia perlukan kerajaan yang mantap dan kuat. Kita tidak mampu lagi untuk ada pelbagai parti sehingga (keputusan) perlu rujuk kepada parti masing-masing.

"Saya yakin BN boleh 'cross the bridge dan kita boleh bentuk kerajaan. Tetapi untuk mengukuhkan lagi kerajaan dengan mandat yang lebih besar, terpulang kepada siapa yang hendak bersama dengan kita," katanya.

Tanpa memberikan sebarang angka, Mohamad berkata ia berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang mana BN berjaya membentuk kerajaan secara solo.

222 kerusi Parlimen menjadi rebutan gabungan-gabungan politik pada Sabtu ini. 

Mana-mana parti yang ingin membentuk kerajaan perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pengundian awal dijadualkan pada 15 November ini membabitkan anggota tentera dan polis serta pasangan.


ANWAR KAUTIM

DGN ZAHID

BETUL KE ?

KAH KAH KAH

BERITA MAKIN

TERSEBAR

KAH KAH KAH

BUAT TOK MAT

MARAH

KAH KAH KAH

TOK MAT JUGA

CALON PM

AMIN

TOK MAT FASIH

INGGERIS

AMIN

PERNAH KERJA

DI LONDON

AMIN

ZAHID & MAIL BERA

MI SPIK NO INGLIS

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan