Isnin, 7 November 2022

KERUSI MILIK TIAN CHUA


Pencabar percaya boleh menang di Batu kerana penyandang masih 'mentah', kata pemerhati


JUMLAH calon yang ramai bertanding di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan mereka percaya kerusi itu goyah kerana penyandangnya kurang pengalaman dan masih mentah, kata pemerhati politik.

Pemerhati politik dan pengundi memberitahu The Malaysian Insight pencabar menganggap P Prabakaran terlalu “mentah dan baru” untuk mengendalikan kawasan pilihan raya bandar yang besar dan isu-isunya.

Mereka juga merujuk kepada ketegangan antara bekas ahli Parlimen PKR selama dua penggal, Tian Chua dan Prabakaran sebagai faktor utama parti politik lain menyasarkan kerusi itu.

Mereka menegaskan malah calon Bebas berasakan mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengatasi Prabakaran, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum lalu.

Ketika PRU14, penyandangnya ketika itu Tian Chua hilang kelayakan untuk bertanding. Bagaimanapun beliau dan PKR menyokong Prabakaran untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar. Prabakaran, pelajar undang-undang dengan rekod sebagai ahli Parlimen termuda di negara ini, kemudian menyertai PKR.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan antara Tian Chua dan Prabakaran semakin teruk, sekali gus turut menjejaskan Cabang PKR. Pada pemilihan parti awal tahun ini, Prabakaran menewaskan Tian Chua untuk menjadi ketua cabang.

Bagi PRU15, Batu akan menyaksikan persaingan 10 penjuru, termasuk Tian Chua bertanding sebagai calon Bebas.

Pengarah program Iman Research Badrul Hisyam Ismail dalam pada itu berkata, Tian Chua mungkin berasakan beliau adalah calon yang tepat bagi kerusi itu.

“Calon lain mungkin menganggap Prabakaran sasaran mudah kerana sebelum ini beliau menang selepas PKR menyokongnya sebagai calon berikutan kegagalan Tian Chua bertanding.

“Tian Chua sebaliknya berpendapat beliau adalah calon yang tepat kerana ia adalah kerusinya selama dua penggal dan beliau mempunyai penyokongnya di Batu.”

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, Batu menarik ramai calon kerana menganggap Prabakaran seorang ahli politik “mentah”.

“Prabakaran nampaknya agak mentah dan kemenangan PRU14 beliau mungkin secara kebetulan kerana pencalonan Tian Chua ditolak.

“Batu adalah kawasan pilihan raya berbilang kaum dan mereka yang berharap mungkin berpendapat undi berpecah mungkin boleh meningkatkan peluang mereka,” katanya.

Ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berkata demografi di Batu juga menjadi faktor banyak pihak mahu bertanding di kerusi itu.

“Di kerusi bandar seperti Batu, saya rasa pengundi lebih terbuka dan tidak takut dengan perubahan. Bukan hanya kerana mereka fikir Prabakaran adalah sasaran mudah.

“Tetapi terlalu ramai calon hanya akan memecah undi. Mari kita lihat sama ada Tian Chua atau calon Bebas lain Siti Kassim boleh memberi saingan kepada PKR,” tegasnya.

Turut bersaing A Kohilan Pillay (Barisan Nasional-MIC), Azhar Yahya (Perikatan Nasional-PAS), Wan Azliana Wan Adnan (Gerakan Tanah Air-Pejuang), Nathan Pillai (Warisan) dan Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia).

Selain peguam Siti Kassim, dua lagi wakil Bebas adalah pempengaruh media sosial Nur Fathiah Syazwana Shaharudin (Cleopatra) dan aktivis sosial Too Cheng Huat.

Batu mempunyai 113,863 pemilih berdaftar dengan sebahagian besar mereka adalah dalam kumpulan umur 21 hingga 49 tahun. – 7 November, 2022.

ADA SEMBILAN

BATU NISAN

KAH KAH KAH

BERPERANG

MEREBUT

SATU KERUSI

KAH KAH KAH

KERUSI MILIK

TIAN CHUA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. ini cina bekas tahanan isa sama dgn lu bro..tak puas ati dgn anwar, tian lawan jd calon bebas..beza dgn kj.dirampas tempat dirembau, memilih sg buloh sebagai tpt undi tp melalak kat zahid jawa kata tiada pilihan..org mcm kj ni pun org boleh percaya.dah zaman google, dah zaman digital, masih lagi org susah mendapat maklumat..kalu tian boleh lawan anwar, wajib juga kj lawan zahid di bagan dato.buku bertemu ruas, made in oxford lawan made in um malaysia..kalo ada jati diri, kalo cita2 besar nak jd PM, kalo rasa media sendiri lebih hebat..apa salah mencuba jd bebas di bagan datok..wak jawa lawan waghih...

    BalasPadam